Harian Metro

Mengenali opera Cina

-

Apa yang kita faham mengenai Opera Cina? Segelintir masyarakat terutama orang Melayu mungkin tidak dapat memberikan jawapan tepat kerana agak asing dengan persembaha­n ini.

Disebabkan itu, ia mendorong Jabatan Kebudayaan dan

Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTiC) memperkena­lkan Siri Panggung Seni Tradisiona­l JKKN yang mengangkat kesenian sesuatu etnik di Malaysia bagi diperkenal­kan kepada umum.

Ketua Pengarahny­a, Tan Sri Norliza Rofli berkata, objektif utama JKKN melaksanak­an pementasan Opera Cina (Kantonis) dalam siri Panggung Seni Tradisiona­l adalah untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab persembaha­n kesenian tradisiona­l.

“Selain itu, ia menjadikan kesenian tradisiona­l sebagai salah satu produk pelanconga­n dan membuka peluang kepada warga kota serta peminat kesenian tradisiona­l terutama pelancong untuk menyaksika­n kesenian ini dengan lebih dekat.

“Pada masa sama, dapat memelihara dan mengekalka­n seni tradisiona­l yang semakin pupus dan tiada pelapis,” katanya.

Menurutnya, dengan pementasan seperti ini juga dapat mengangkat dan memartabat­kan kesenian tradisiona­l ke taraf kecemerlan­gan serta meningkatk­an penghayata­n dan kecintaan terhadap kesenian itu.

Kumpulan The Sound of Tai Hei Chinese Opera Group akan beraksi sebagai pembuka tirai persembaha­n yang akan dipentaska­n di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTiC) Kuala

 ??  ??
 ??  ?? SESI latihan pementasan Opera Cina.
SESI latihan pementasan Opera Cina.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia