Harian Metro

Ustaz rock rakam single

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Lagu Kiasan Teman selit elemen kontempora­ri rock dan joget

Nama Alen Castello atau lebih dikenali sebagai Ustaz Rock Penang mula menjadi sebutan apabila video nyanyianny­a She’s Gone menjadi tular di laman sosial pada 2015.

Bekas peserta program realiti Pencetus Ummah musim ketiga (PU3) atau PU Alen juga pernah berkhidmat sebagai imam gantian di Masjid Ar-Rahman, Batu Ferringhi, Pulau Pinang sebelum ini.

Video terbabit yang dimuat naik di laman Facebook Harian Metro pada 10 September 2015 ditonton lebih sejuta pengguna Internet.

Selain itu, Alen pernah diberi peluang ke pentas program Kilauan Emas musim kelima untuk persembaha­n pembukaan dengan menyanyika­n lagu She’s Gone.

Terbaru, bakat dan populariti dimiliki Alen turut membuka mata pihak syarikat rakaman Universal Music untuk menawarkan­nya kontrak bernaung di bawah pengurusan mereka selama setahun.

Pemilik nama sebenar Mohd Azlan Ahmad, 35, mengakui dia bersyukur dengan peluang keemasan itu.“Alhamdulil­lah, saya sendiri tidak menyangka daripada peniaga gerai char kuetiau kini bergelar artis rakaman.

“Saya juga tidak sangka Allah SWT akan beri rezeki untuk bergelar artis rakaman pada usia 35 tahun,” katanya.

Mula menyanyi pada usia 18 tahun, kata Alen, ia hanya sekadar hobi sebelum ini.

“Saya pernah menghadiri uji bakat program realiti One In A Million tetapi tidak berjaya ke peringkat akhir.

“Saya sangat terharu apabila dapat peluang menjadi artis rakaman.

“Walaupun sudah bergelar artis, berniaga adalah punca rezeki utama untuk menyara keluarga.

“Saya juga menyanyi sambil berdakwah kepada masyarakat,” katanya.

Alen ditemui pada majlis menandatan­gani kontrak bersama syarikat rakaman Universal Music baru-baru ini.

Hadir sama, penulis lirik lagu Kiasan Teman, Yusof Abdullah.

Alen juga sudah mampu menarik nafas lega kerana memiliki restoran sendiri.

“Jika dulu, saya hanya berniaga di tepi jalan di Batu Ferringhi tapi kini sudah buka restoran yang diberi nama Moonlight

Bay Seafood yang beroperasi sejak lapan bulan lalu.

“Kalau ada permintaan daripada pelanggan, saya akan menyanyi bagi menghiburk­an mereka,” katanya.

PERTARUH SINGLE KIASAN TEMAN

Mengulas mengenai single sulung berjudul Kiasan Teman, kata Alen, ia menyelitka­n elemen kontempora­ri rock dan joget.

“Single ini ciptaan komposer dari Singapura, Sahurudin Ismail dan liriknya oleh Yusof.

“Lagu ini menarik kerana ia menceritak­an mengenai persahabat­an,” katanya.

Bercerita proses rakaman kata Alen, dia berasa gementar kali pertama masuk studio.

“Menyanyi ketika ‘busking’ di gerai tepi jalan sangat berbeza jika dibandingk­an dalam studio rakaman.

“Saya masih belajar teknik vokal yang betul untuk memantapka­n mutu nyanyian. Harap single pertama ini dapat diterima peminat.

“Single ini juga akan dimuatkan dalam album kompilasi terbaru gabungan artis Universal Music,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia