Harian Metro

Terbahagi pada 4 tingkat

-

Kubah utama daripada batuan granit berbentuk oktagon

berfungsi untuk pengaliran udara

Secara keseluruha­nnya, konsep reka bentuk Masjid Putra berdasarka­n seni bina Parsi zaman kerajaan Safawe yang digabungka­n dengan ciri-ciri moden kontempora­ri menggunaka­n pendekatan sains dan teknologi.

Reka bentuk menara dikatakan mirip struktur Masjid Sheikh Omar di Baghdad, Iraq tetapi disesuaika­n dengan ciri tradisiona­l Melayu pada mimbar, pagar dan ukiran direka (masyrabiah) menjadikan ia begitu unik.

Pengkaji seni reka

Masjid Putra, Raja Aman Shah Raja Shahruzzam­an berkata, konsep reka bentuk bertingkat menjadikan masjid itu mempunyai identiti tersendiri dan jelas dapat dilihat dari aras ke aras dengan pelbagai elemen menarik.

Katanya, Masjid Putra terbahagi kepada empat tingkat iaitu aras bawah menggambar­kan konsep terbuka yang tiang berbentuk payung dan ukiran direka (masyrabiah) dapat memberi perlindung­an daripada hujan serta panas.

Raja Aman berkata, di sekeliling bahagian dalam dewan solat ditulis dalam bentuk khat (nasakh) Surah Hujurat pada permukaan jubin berwarna putih.

“Aras bawah menempatka­n struktur dinding yang menyerupai benteng (butress wall) dibina sekeliling aras ini bagi menunjukka­n imej pertahanan yang kuat.

“Aras atas menampilka­n kubah utama berwarna merah jambu dan reka bentuknya berasaskan arabesque iaitu ukiran berkonsepk­an tumbuhbent­eng tumbuhan seperti terdapat pada kubah masjid di Mesir.

“Manakala di aras satu terdapat empat muqarnas iaitu seni bina kerawang tiga dimensi dengan hiasan kaca yang membentuk empat penjuru dewan solat utama. Konsep terbuka jelas kelihatan dengan adanya tingkap dan pintu kaca besar yang dihiasi masyrabiah,” katanya kepada Nuansa.

Jelasnya, seni bina tradisiona­l digunakan di masjid terbabit bagi mengharmon­ikan perubahan bentuk segi empat (Dewan Solat) kepada bentuk bulat (kubah) dengan memperkena­lkan segi lapan (oktagon) sebagai bentuk perantaraa­n.

Katanya, seni reka bentuk Timur Tengah digunakan pada kubah, mihrab, menara, pintu gerbang, dinding dan serta jubin lantai. Tingkap kaca (stained glass) datangnya dari Jerman membantu pencahayaa­n secara semulajadi ke dalam ruangan solat.

“Kubah utama diperbuat daripada batuan granit yang diimport dari Arab Saudi berbentuk oktagon berfungsi sebagai pengaliran udara ke dalam masjid.

“Lapan kubah kecil disekelili­ngnya diperbuat daripada mozek. Di atas kubah pula ada apex (seperti besi lurus menegak ke langit) yang dihasilkan daripada campuran tembaga, suasa dan sedikit emas supaya warna kubah tidak pudar akibat pancaran matahari,”katanya.

Beliau yang juga pemandu pelancong Masjid Putra berkata, menara itu dikatakan ada persamaan dengan menara di Masjid Sheikh Omar di Baghdad, Iraq berbentuk segi lapan, setinggi 116 meter bersamaan ketinggian lima tingkat bangunan yang melambangk­an solat lima waktu serta rukun Islam.

Menurut Raja Aman, uniknya menara berkenaan ialah ia berdiri di atas lantai dan bukan dibina atas tanah.

Raja Aman berkata, pintu gerbang masjid itu diilhamkan reka bentuknya dari rekaan Masjid Raja Hassan di Casablanca, Maghribi yang mempunyai pintu gerbang yang tertulis potongan ayat daripada surah al-Jumu’ah.

Katanya, manakala dinding dan benteng pula kelihatan mempunyai persamaan Masjid King Hassan II di Casablanca, Maghribi.

Katanya, kehebatan dan keunikan Masjid Putra diperkukuh­kan dengan mimbar masjid yang rekaannya diilhamkan daripada ukiran bermotifka­n bungabunga­an dan ciri-ciri geometrika­l pada cengalnya.

Selain itu katanya,

Masjid Putra dianggap sebuah masjid yang boleh dijadikan model pada abad ini menerusi pelbagai aktiviti pusat sehenti dijalankan selari dengan peranannya sebagai pusat perkembang­an tamadun dan syiar Islam. - Nor ‘Asyikin Mat Hayin

 ??  ?? KUBAH berdasarka­n seni reka bentuk Timur Tengah yang jelas
ditonjolka­n pada Masjid Putra.
KUBAH berdasarka­n seni reka bentuk Timur Tengah yang jelas ditonjolka­n pada Masjid Putra.
 ??  ?? KONSEP reka bentuk Masjid Putra berdasarka­n seni bina Parsi zaman kerajaan Safawe digabungka­n dengan ciri-ciri moden kontempora­ri .
KONSEP reka bentuk Masjid Putra berdasarka­n seni bina Parsi zaman kerajaan Safawe digabungka­n dengan ciri-ciri moden kontempora­ri .
 ??  ?? MIMBAR dengan seni reka tradisiona­l Melayu bermotifka­n bunga-bungaan dan tumbuh- tumbuhan.
MIMBAR dengan seni reka tradisiona­l Melayu bermotifka­n bunga-bungaan dan tumbuh- tumbuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia