Harian Metro

OPPS! RAKANKU ‘MR ARROGANT’

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

5 tip berdepan dengan rakan bersikap cakap besar

Pernah atau tidak anda bertemu rakan yang bersikap meninggi diri atau cakap besar?

Jika ada, pasti sikap itu menjengkel­kan sehingga anda sampai ke tahap ingin mengelak bertemu dengannya.

Namun, sampai bila mahu melarikan diri kerana lambat laun, anda pasti bertembung dengannya lebih-lebih lagi jika bekerja di bawah satu bumbung atau menjadi rakan sekuliah.

Jadi, langkah yang lebih baik adalah tenang, hadapi dengan positif dan cuba ikuti lima tip daripada Gen Y :

1. DENGARKAN SAJA

Kebiasaann­ya, golongan yang bercakap besar ini suka melebihkan diri dalam segala hal jadi tidak perlu cuba untuk memotong percakapan­nya.

Sebaik-baiknya, langkah paling selamat adalah membiarkan dia bercakap sehingga habis kemudian barulah anda mencelah.

Dengan cara ini, tidak timbul pertelagah­an walaupun jauh di sudut hati anda geram dengan sikapnya itu.

2. BIJAK TUKAR TOPIK

Golongan sebegini selalunya suka jadi dominan dalam sesuatu perbualan jadi anda yang perlu menarik perhatiann­ya kepada topik lain.

Lebih baik jika topik itu lari daripada minatnya supaya dia tiada modal untuk mencelah perbualan.

Jika tidak, ada saja yang ingin dia ceritakan sedangkan anda tahu dia cuba untuk menunjuk-nunjuk.

3. KLIK BUTANG ‘UNFOLLOW’

Kadangkala, golongan sebegini tidak hanya bercakap besar secara lisan tetapi cuba menunjuk-nunjuk apa yang ada di media sosial.

Daripada hidup diselubung­i aura negatifnya, lebih baik anda tidak berkawan dengannya di media sosial ataupun klik saja butang ‘unfollow’.

Mudah bukan? Malah, ia akan membuatkan hidup anda lebih tenteram!

4. TEGUR SECARA BAIK

Jika ada keberanian, apa salahnya anda gunakan kesempatan ketika lepak bersama untuk menegur sikapnya itu.

Namun, pilih waktu yang sesuai . Mana tahu, hatinya lembut untuk menerima teguran itu dan akhirnya berubah sikap.

Bukan apa, kadangkala mereka tidak sedar apa dilakukan kurang disenangi orang lain kerana tiada yang tampil menegur.

5. KATA NASIHAT DI LAMAN SOSIAL

Sekiranya tidak berani menegur secara berdepan, gunakan media sosial sebagai platform untuk menyampaik­an mesej secara tidak langsung melalui katakata hikmat yang positif.

Mungkin dengan cara itu, rakan anda akan tersedar dan mengambil positif kata-kata berkenaan.

Namun, elakkan diri daripada memuat naik status berbaur sindiran yang menyebabka­n dia terasa hati dan akhirnya kalian pula yang bermasam muka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia