Harian Metro

Keyakinan dorong kejayaan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Berkarisma, mudah mesra selain tidak mudah berputus asa melengkapk­an pakejnya sebagai seorang usahawan berjaya dengan sentiasa memegang prinsip tidak mengapa sekiranya gagal kerana setiap individu itu mempunyai peluang kedua untuk mencuba.

Prinsip itu sentiasa dijadikan pegangan dalam setiap perkara dilakukan terutama membabitka­n perniagaan supaya dia berada pada landasan yang tepat.

Mengakui tidak mudah patah semangat, anak kelahiran Kelantan ini boleh dianggap antara ikon usahawan berjaya kerana pada usia belum mencapai 30 tahun dia sudah mengecapi semua yang diimpikan.

Namanya memang terkenal, tetapi Muhd

Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman, 29, tetap merendah diri kerana sasarannya masih jauh - dia memasang pelbagai impian untuk terus berjaya dengan cemerlang dalam bidang diceburi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia