Harian Metro

Kreativiti mengalir atas tudung

-

Sejak kecil dia memang suka bermain dengan manik. Ada saja bentuk objek yang ingin dihasilkan menggunaka­n manik halus yang pada pandangan matanya amat menarik.

Minatnya terhadap seni jahitan manik kadangkala sukar dibendung dan ketika itulah anak kelahiran Pulau Pinang ini menyedari dia memiliki ‘tangan seni dan kreatif’.

Di mana dia duduk, di situlah ada barang jahitan. Pantang ada masa terluang, Fatin Bahirah Mohd Kassim, 29, akan cuba mencipta susunan manik yang cantik sebelum mula menjahit.

Kata Fatin Bahirah, selepas menyedari mempunyai bakat dalam bidang digemariny­a itu, dia sering menghabisk­an masa dengan menghasilk­an pelbagai jenis jahitan manik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia