Harian Metro

Pastikan rekaan terkini dan terbaik

- KEMAHIRAN SURI

Mempunyai kelulusan Diploma Kejurutera­an

Kimia (Makanan), hobi yang bermula sejak di bangku sekolah itu menjadikan Fatin Bahirah semakin mahir. Dalam tempoh singkat, dia boleh menghasilk­an susunan manik yang cantik.

“Saya suka menyusun dan menjahit manik, setiap kali melakukann­ya saya akan berasa gembira sekali gus ia menjadi terapi terbaik untuk menghilang­kan tekanan.

“Mungkin bagi individu yang tidak meminati bidang ini, hobi ini dilihat agak rumit apatah lagi membabitka­n manik yang halus. Saya pula rasa seronok duduk bersendiri­an ditemani manik, malah tidak kisah menghabisk­an masa beberapa jam hanya untuk menjahit manik,” katanya.

Fatin Bahirah berkata, walaupun minat mendalam pada bidang jahitan manik, dia tidak mempunyai kemahiran menjahit baju atau produk lain buat masa ini.

“Mungkin ramai beranggapa­n saya juga pandai menjahit baju tetapi hakikatnya tidak. Minat saya hanya pada susunan dan jahitan manik. Buat masa ini, saya tidak pernah mencuba untuk menjahit baju atau produk lain.

“Selain jahitan manik, saya juga minat melukis, mungkin kerana dua perkara ini bersangkut paut dan memerlukan ketelitian serta kreativiti untuk mendapatka­n hasil terbaik,” ujarnya.

Menurutnya, dalam masa sehari dia akan menghabisk­an masa kirakira lebih tiga jam hanya untuk menjahit manik bagi memahirkan kebolehan diri sekali gus memuaskan hati.

Tidak mahu mensiasiak­an hobi serta bakat dimiliki menjadikan ibu kepada dua cahaya mata itu mula mencari sesuatu yang dapat menambah pendapatan dirinya dengan melakukan perkara digemari.

Menurutnya, pengalaman belajar menjahit manik ketika bekerja sementara di sebuah butik pengantin selepas tamat persekolah­an membuatkan dia tekad mengembang­kan hobinya itu.

“Saya tidak mahu hobi ini terhenti begitu saja tanpa menggunaka­nnya ke arah positif terutama dalam bidang perniagaan menjadikan saya mula memikirkan jalan terbaik yang boleh diambil.

“Selepas berfikir panjang, akhirnya pada 2015 saya mula menjalanka­n perniagaan menjual tudung yang mempunyai perhiasan manik sebagai aksesori,” katanya.

Fatin Bahirah yang menjalanka­n perniagaan atas jenama Fa.B.ulous

Hijab berkata, bergelar suri rumah memberi banyak ruang kepadanya untuk menyalurka­n kemahirann­ya di atas tudung dan selendang yang boleh dilakukan di rumah dan pada masa sama masih dapat menguruska­n hal ehwal rumah tangga serta dua anaknya.

“Saya menawarkan pelbagai pilihan selendang dan tudung manik kepada pelanggan. Saya juga akan pastikan setiap susunan manik yang saya hasilkan adalah rekaan terkini dan terbaik.

“Pastinya ia amat menyeronok­kan apabila hobi boleh bertukar menjadi kerjaya dan menjana pendapatan sendiri,” katanya.

Kata Fatin Bahirah, dia juga amat bertuah kerana suami dan keluarga amat memahami minatnya, bahkan sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk dia lebih berjaya.

“Saya mahu

 ??  ?? HOBI menjahit manik membawa Fatin Bahirah
ke bidang perniagaan.
HOBI menjahit manik membawa Fatin Bahirah ke bidang perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia