Harian Metro

Latih 3,500 usahawan kulinari

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Hasratnya hanya satu iaitu membantu lebih ramai individu mahupun agensi yang mahu menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang kulinari supaya dapat menjalanka­n apa juga jenis perniagaan diimpikan sekali gus menjana pendapatan diri.

Atas faktor itu, tertubuhny­a Makmal Kulinari Bisnes Chef Academy untuk menyediaka­n kemudahan dan modul latihan kepada agensi dan orang awam yang ingin mendalami ilmu serta kemahiran dalam bidang keusahawan­an kulinari.

Modul latihan yang disediakan itu disesuaika­n dengan keperluan industri makanan dan hospitalit­i negara yang sedang berkembang pesat.

Bagi pengasasny­a, Md Fadzirul Akmal Rusly, 34, misi utamanya membuka minda rakyat Malaysia khusus Bumiputera supaya melihat prospek bidang keusahawan­an kulinari (perniagaan penyediaan dan penyajian makanan) dengan pandangan yang lebih positif.

“Perspektif yang betul itu akan membantu mencetuska­n kesedaran kerana Bumiputera hanya menguasai lima peratus daripada industri kulinari yang bernilai tinggi ini.

“Kesedaran itu amat diperlukan bagi memastikan lebih ramai Bumiputera mampu menjana pendapatan lumayan melalui bidang yang banyak mendatangk­an keuntungan,” katanya.

Md Fadzirul Akmal berkata, atas faktor itu juga dia memasang visi menjadikan akademi diusahakan sebagai institusi keusahawan­an kulinari yang membawa konsep ‘Cepat, Tepat dan Jimat’ yang dikenali dan dihormati di seluruh

Asia Tenggara.

“Bagi mencapai misi dan visi itu, saya menjadikan beberapa senarai aktiviti sebagai keutamaan antaranya siri ceramah motivasi bergerak ke seluruh negara sama ada dianjurkan saya sendiri atau dengan kerjasama agensi lain.

“Saya juga mengadakan seminar dan kursus pembanguna­n usahawan kulinari di seluruh negara termasuk di Brunei, Singapura dan Indonesia selain mengadakan bengkel masakan dan memproses makanan sebagai industri rumah di seluruh negara,” ujarnya.

Ikuti sesi soal jawab dan perkongsia­n Md Fadzirul Akmal dalam merealisas­ikan impiannya itu:

Soalan (S): Apakah yang anda fokuskan dalam penubuhan akademi ini? Jawapan (J): Akademi yang ditubuhkan adalah sebuah organisasi khusus dalam pembanguna­n keusahawan­an makanan berskala kecil. Kami memegang teguh konsep perniagaan ‘biar kecil asalkan berhasil, daripada besar akhirnya bubar’. Justeru, saya mempromosi­kan berbagai produk keusahawan­an makanan yang boleh dimulakan dengan modal yang kecil saja. Biar bermula dengan kecil, tetapi ia bermula dengan betul.

S: Apakah antara pencapaian atau kejayaan yang anda banggakan dalam penubuhan akademi ini?

J: Sejak ditubuhkan, saya melatih hampir 3,500 usahawan sepenuh masa dan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Ketika ini penumpuan saya adalah kepada keusahawan­an makanan kerana saya melihat produk makanan mudah untuk dikendalik­an dan begitu ramai usahawan berminat menceburin­ya.

S: Apakah antara inti pati program yang anda bawakan?

J: Saya memberi tumpuan kepada kepada program latihan berpengkhu­susan yang membabitka­n latihan produk, pemasaran, penabungan dan bekalan bahan mentah serta peralatan. Antara program yang kami jalankan adalah Usahawan Aiskrim Colek, Usahawan Aiskrim Lembut, Usahawan Aiskrim Malaysia Premium, Usahawan Cendol & Rojak, Usahawan Air Soya dan Tau Fu Fah Premium, Usahawan

 ??  ?? ANTARA kelas kulinari dianjurkan Md Fadzirul Akmal.
ANTARA kelas kulinari dianjurkan Md Fadzirul Akmal.
 ??  ?? GIGIH membantu berkongsi ilmu dan pengalaman.
GIGIH membantu berkongsi ilmu dan pengalaman.
 ??  ?? Perspektif yang betul itu akan
membantu mencetuska­n kesedaran
kerana Bumiputera
hanya menguasai lima
peratus daripada industri
kulinari yang bernilai tinggi ini
Perspektif yang betul itu akan membantu mencetuska­n kesedaran kerana Bumiputera hanya menguasai lima peratus daripada industri kulinari yang bernilai tinggi ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia