Harian Metro

Gel rambut atasi kelemumur

-

Bukan saja boleh mendandan rambut dengan pelbagai gaya terkini, gel rambut atau pomade yang direka khas daripada bahan dibenarkan ini turut sesuai digunakan individu yang mengalami masalah kulit kepala dan kelemumur.

Turut mengandung­i tambahan vitamin E serta antikelemu­mur, pomade Absons Premium Hair Greese sesuai untuk semua lelaki seawal remaja hingga dewasa.

Menurut pengasasny­a Azman Abu Bakar, produknya itu dihasilkan berasaskan air dengan campuran bahan dibenarkan selain sesuai untuk gaya serta kesihatan rambut lelaki.

“Terdapat dua pilihan pomade iaitu jenis ‘styler’ khusus untuk mendapatka­n pegangan kuat pada rambut dan menjadikan rambut lebih sihat bersinar. Ia juga mempunyai bauan harum seperti minyak wangi antarabang­sa.

“Manakala jenis kedua adalah ‘kickin’ iaitu mempunyai pegangan lebih kuat pada rambut yang menjadikan rambut sihat bersinar. Selain itu ia didatangka­n dalam bauan jambu,” katanya.

Azman berkata, keduadua jenis pomade itu dijual pada harga RM40 setin selain pihaknya turut menawarkan penjualan pada harga borong dan ejen.

“Produk ini berada di pasaran sejak Januari lalu dan sambutan diterima amat memberangs­angkan. Pada Ramadan lalu, pomade terjual sebanyak 9,800 unit.

“Saya yakin dengan pelbagai keistimewa­an yang ada terutama mudah dicuci, tidak berminyak dan mempunyai bau wangi yang menyenangk­an menjadikan ia sebagai produk pilihan ramai,” ujarnya.

Menurutnya, pomade itu juga sesuai dipakai bagi individu yang mahukan gaya rambut rapi walaupun mengalami kelemumur serta rambut yang sukar dibentuk.

“Absons Pomade ini memudahkan pelanggan menggayaka­n rambut dan pada masa sama menjaga kesihatan rambut serta kulit kepala.

“Saya juga yakin ini antara pilihan pomade terbaik yang mempunyai pelbagai keistimewa­an dan manfaat khusus untuk mendapatka­n rambut yang sihat bersinar serta gaya diingini,” katanya.

 ??  ?? ABSONS Premium Hair Greese sesuai untuk semua usia lelaki seawal remaja hingga dewasa.
ABSONS Premium Hair Greese sesuai untuk semua usia lelaki seawal remaja hingga dewasa.
 ??  ?? AZMAN
AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia