Harian Metro

GEMAR BERGURAU, SENTIASA CERIA

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Siapa sangka perkenalan merpati dua sejoli ini melalui aplikasi WeChat pada September 2013 membawa hubungan dibina berakhir ke jenjang pelamin.

Sememangny­a jodoh sudah tertulis antara Nurul Ashikin Bahaudin, 24, dan pasangan Sahrol Anuar Mohamed, 29, yang mengakui keserasian menjadi kunci hubungan dibina berkekalan hingga kini.

Tidak melalui banyak halangan dan mendapat restu daripada keduadua keluarga, pasangan itu bersetuju mengikat tali pertunanga­n pada 14 September tahun lalu.

Hampir 10 bulan mengikat tali pertunanga­n, pasangan merpati dua sejoli itu disatukan dalam majlis pernikahan di kediaman pengantin perempuan di Kuching, Sarawak pada 7 Julai lalu dengan memilih rona pastel sebagai tema majlis. Majlis persanding­an pula diadakan keesokan harinya juga di kediaman pengantin perempuan.

Sentiasa mengamalka­n sikap bertolak ansur dan gemar bergurau menjadikan hubungan dibina sentiasa bahagia dan ceria. Pasangan pengantin mengucapka­n sekalung penghargaa­n kepada butik pengantin Jarum Belian di atas dekorasi pelamin dan busana cantik mempelai, jurugambar

Jcyln Yacho Photograph­y serta hidangan makanan lazat daripada Unit Seberkas Kampung Bintawa Tengah/ DMC.

Lukisan inai hasil sentuhan kreatif Raden Nur Anissah, jurusolek Qizandra Nur Zairisyare­ezqizz, sistem audio daripada Pian Mancai dan kek pengantin Baking Additional.

Kedua-duanya turut mengucapka­n jutaan terima kasih kepada kedua-dua keluarga dan mengharapk­an hubungan yang dibina dirahmati serta berkekalan dunia akhirat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia