Harian Metro

Sesuai digaya lelaki seawal remaja

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Berusaha memberi gaya moden dalam busana kurta buat jejaka yang mahukan gaya ringkas, namun tetap tampil segak membuatkan jenama tempatan D’Maarif hadir dengan variasi koleksi kurta.

Direka mengikut perkembang­an fesyen semasa di mana kebanyakan jejaka lebih gemar memilih busana yang mempunyai potongan fit moden menjadikan koleksi ini sesuai buat lelaki yang mementingk­an gaya.

Menurut pengasas D’Maarif Muhammad

Arif Ali, setiap kurtanya dihasilkan menggunaka­n fabrik berkualiti tinggi, tidak terlalu nipis atau mudah berkedut, dijahit kemas selain rekaannya yang terletak pada badan.

Koleksi yang ditampilka­n kali ini adalah Kurta Noah, Adha, Sulthan dan Kaleefa yang mesra wuduk dan disertakan poket.

“Koleksi ini didatangka­n dalam sembilan pilihan warna menarik dan sesuai digayakan untuk majlis formal, ke pejabat dan juga kasual. Ramai juga pelanggan kami yang menggayaka­nnya untuk menghadiri majlis jemputan keramaian, menunaikan ibadat di surau atau masjid juga untuk keluar bersantai.

“Koleksi ini sesuai digayakan lelaki seawal usia remaja hingga warga emas,” katanya.

Koleksi kurta ini dijual dengan harga berpatutan bermula RM89 untuk kurta saja hingga RM179 untuk koleksi sepasang yang didatangka­n bersama seluar.

“Bagi memperluas­kan pilihan, kami menyediaka­n saiz daripada S hinggalah XXL. Rekaan polis dan ringkas menjadi daya penarik khususnya buat pelanggan yang mahukan penampilan minimalis tapi trendy. Koleksi kurta ini boleh didapati secara pembelian atas talian atau di bilik pameran kami di LG

Bangi Gateway, Bangi,” katanya.

 ??  ?? KOLEKSI kurta D'Maarif direka dengan potongan fit moden.
KOLEKSI kurta D'Maarif direka dengan potongan fit moden.
 ??  ?? DIDATANGKA­N dalam sembilan pilihan warna menarik.
DIDATANGKA­N dalam sembilan pilihan warna menarik.
 ??  ?? DIREKA polos supaya tampak santai namun bergaya.
DIREKA polos supaya tampak santai namun bergaya.
 ??  ?? SESUAI digayakan untuk semua acara dan majlis.
SESUAI digayakan untuk semua acara dan majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia