Harian Metro

BAKAT INSAN ISTIMEWA

-

penyertaan.

Dalam pertanding­an itu, Suhazli yang juga penuntut ijazah Sarjana Kejurutera­an Perisian itu memukau juri dan hadirin menerusi syarahan bertajuk ‘Lapar : Lawan’ yang mengangkat tema keazaman serta kegigihan mencapai sesuatu matlamat tanpa menghirauk­an kekurangan diri.

Persembaha­n yang berkait rapat dengan dirinya itu secara tidak langsung mengingatk­an hadirin supaya mensyukuri nikmat yang ada.

Penasihat Program Dr Mohd Istajib Mokhtar berkata, pertanding­an itu dianjurkan Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya (UM) membabitka­n lebih 22 institut pengajian tinggi (IPT) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan 41 peserta bersaing di peringkat saringan.

Katanya, daripada jumlah itu, enam peserta layak mara ke peringkat akhir dan penganjura­n edisi kedua cukup istimewa dengan penyertaan penuntut OKU serta kerjasama daripada Seksyen Kaunseling dan Kerjaya UM.

“Matlamat program ini adalah untuk memperkasa­kan kemahiran pengucapan awam dan tahun ini peserta dikehendak­i

Suhazli Muhamad raih tempat ketiga bukti kemampuan dalam pengucapan awam

menyampaik­an perkongsia­n berbentuk motivasi atau yang berkait rapat dengan pengalaman diri .

“Menariknya, pertanding­an ini tidak mempunyai kategori sebaliknya terbuka kepada semua penuntut termasuk OKU dan peningkata­n jumlah penyeratan daripada golongan berkenaan dilihat mencapai objektif untuk memperkasa polisi varsiti yang diperkenal­kan UM pada 2015.

“Ia juga dapat menggalakk­an daya siswa OKU secara holistik selain memberi peluang kepada mereka untuk membina keyakinan diri,” katanya.

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan usai program.
PESERTA bergambar kenangan usai program.
 ??  ?? SUHAZLI Muhamad sedang beraksi memberikan ceramahnya.
SUHAZLI Muhamad sedang beraksi memberikan ceramahnya.
 ??  ?? SUHAZLI menerima hadiah daripada penganjur.
SUHAZLI menerima hadiah daripada penganjur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia