Harian Metro

‘Seronoknya Spiderman jumpa kita!’

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Penderitaa­n 35 kanakkanak menghidap penyakit kanser di seakan-akan hilang seketika apabila dihiburkan dua adiwira Spiderman dan Venom daripada The Ultimate Cosplayers.

Senyuman terukir pada wajah kanak-kanak terbabit apabila adiwira itu datang ke katil setiap pesakit untuk menyampaik­an sumbangan makanan dan duit raya selain melakukan aksi menghiburk­an.

Ia sempena kunjungan Aidilfitri oleh Empire Projek bersama Persatuan HKL Kids ke wad berkenaan untuk mendekati dan menyambut hari lahir bagi pesakit yang lahir pada Jun serta Julai.

Ibu kepada seorang pesakit, Haslina Hussin, 39, berkata, dia gembira apabila anaknya Muhammad

Danish Hakim Mat Esam, 9, yang menghidap kanser kelenjar atau lymphoma terhibur dengan keletah adiwira terbabit.

“Sememangny­a anak saya sangat meminati watak Spiderman dan itu adalah rancangan kegemarann­ya di televisyen sejak kecil.

“Sejak anak sakit pada Oktober tahun lalu, agak sukar melihatnya tersenyum atau ketawa kemungkina­n kesan daripada penyakit itu,” katanya kepada

Nuansa.

Katanya, sebagai ibu pastinya keadaan itu turut menganggu emosinya yang kadangkala menitiskan air mata kerana tidak sanggup melihat anak bongsu menanggung derita pada usia masih kecil.

“Sehingga kini Muhammad Danish Hakim sudah menjalani 12 kali rawatan kemoterapi di HKL dan hospital ini diibaratka­n rumah keduanya.

“Sejak menjalani rawatan itu (kemoterapi) anak mudah demam dan setiap kali itu juga dia perlu dimasukkan ke dalam wad,” katanya.

Suri rumah itu berkata, penyakit dihidapi anaknya adalah ujian berat yang perlu dilaluinya secara optimis meskipun dibelenggu kebimbanga­n takut kehilangan Muhammad Danish Hakim.

Sementara itu Pengurus Empire Projek Mohd Asyraf Khan Najib berkata, kanakkanak di Wad KK3 HKL adalah anak angkat kepada pertubuhan berkenaan dan sering mengadakan program di wad terbabit.

“Setiap tiga bulan, kami akan mengadakan majlis sambutan hari lahir buat pesakit di wad ini untuk memberikan sedikit keceriaan kepada mereka.

“Kami juga sentiasa mencari pendekatan kreatif untuk menghiburk­an pesakit dan kali ini menjemput dua adiwira,” katanya.

 ??  ?? ADIWIRA Spiderman dan Venom bermesra dengan Muhammad Danish Hakim yang menghidap penyakit kanser lymphoma.
ADIWIRA Spiderman dan Venom bermesra dengan Muhammad Danish Hakim yang menghidap penyakit kanser lymphoma.
 ??  ?? PESAKIT kanser saraf Zara Mohd Faiz diceriakan dengan kehadiran adiwira Spiderman dan Venom pada program
Raya Empire Projek.
PESAKIT kanser saraf Zara Mohd Faiz diceriakan dengan kehadiran adiwira Spiderman dan Venom pada program Raya Empire Projek.
 ??  ?? MOHD Asyraf Khan (empat dari kanan)
meraikan hari lahir pesakit Wad KK3 Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL).
MOHD Asyraf Khan (empat dari kanan) meraikan hari lahir pesakit Wad KK3 Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL).
 ??  ?? ADIWIRA Spiderman dan Venom bergambar bersama sukarelawa­n Persatuan HKL Kids.
ADIWIRA Spiderman dan Venom bergambar bersama sukarelawa­n Persatuan HKL Kids.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia