Diskaun 80%
Courts buka 2 cawangan di Keningau, Semporna
COURTS Malaysia mengukuhkan perniagaannya di negeri ini dengan membuka dua lagi cawangan baru di Keningau dan Semporna.
Bagi meraikan pembukaan cawangan barunya, COURTS turut menawarkan pelbagai promosi pembukaan bermula daripada harga serendah RM1 dan diskaun hingga 80 peratus berbanding harga biasa hingga 2 Ogos depan.
Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia Dolf Posthumus berkata, kedua-dua cawangan baru itu menawarkan penjualan pelbagai produk elektrik, teknologi maklumat (IT) dan perabot dalam semua kategori termasuk konsep stor seperti Ultimate Screens, YourFurniture, YourBedding dan CoolZone Plus.
“Pembukaan COURTS Keningau dan Semporna mengukuhkan lagi pertumbuhan kehadiran kami di Sabah, selain selari dengan komitmen kami untuk membuka sekurang-kurangnya lima cawangan di Malaysia bagi setiap tahun kewangan baru.
“Sebagai peneraju peruncitan produk elektrik, IT dan perabot, COURTS komited untuk menawarkan pelbagai barangan terbaik dan berkualiti kepada pengguna,” katanya dalam kenyataannya, di sini, semalam.
Posthumus berkata, kedua-dua cawangan baru itu menawarkan 1,250 produk dengan harga berpatutan yang boleh dimiliki menerusi COURTS Price Promise dan COURTS Flexicredit. “Pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah selain menikmati diskaun tambahan bagi barangan terpilih,” katanya.