LAYAN NAFSU DI LUAR, ISTERI DI RUMAH JAGA ANAK
Isteri sibuk menjaga anak kecil di rumah, suami yang juga seorang artis popular berpeleseran di luar dengan kawan. Kalau setakat pergi makan minum dengan kawan, tak mengapalah juga. Langkah artis itu lebih panjang daripada itu apabila ada rakannya ternampak dia ke premis hiburan elit di ibu kota.
Premis hiburan itu bukan saja untuk minum-minum, tetapi juga menyediakan perkhidmatan lain mengikut selera dan kehendak pelanggan.
Menurut rakannya, ketika minum di sana, dia ternampak artis itu dengan seorang rakannya. Daripada gelagat artis itu, dia tahu artis itu sedang berbincang dengan seorang pekerja yang ‘incharge’ bahagian perkhidmatan luar biasa itu.
Mungkin artis itu sedang bertanya kalau ada ‘orang baru’ yang dapat melayan nafsunya malam itu. Rakannya yang melihat artis itu dari jauh menegurnya dan tiba-tiba artis itu berpurapura mabuk serta cakap merapu-rapu.
Tersenyum sinis rakannya memandang artis tu, tadi elok saja bercakap dan tak nampuk macam mabuk sekarang buat-buat macam dah lupa ingatan.
Rakannya tak kisah pun dia nak melanggan GRO, pelacur atau apa, tetapi kasihankan isteri dan anaknya yang masih kecil. Mereka baru berkahwin dan kalau dah macam itu perangainya, mampukah perkahwinan itu kekal sehingga ke akhir hayat?
SS: Ramai yang bercerai kerana suami tidak bertanggungjawab. SS tak tahu apa status sebuah drama yang sepatutnya sudah selesai penggambaran. Apa yang SS tahu, penggambaran drama itu sering terganggu kerana pelakonnya tidak dapat memberikan komitmen. Datang ke lokasi sesuka hati aje sedang setiap detik ia membabitkan kos kerana ada lokasi disewa dan hanya boleh digunakan pada waktu yang dijanjikan.
Kasihan pengarah drama itu kerana perangai buruk artis itu, dia yang kena ‘menjawab’ dengan penerbit.
Kerja dilakukan mengikut bajet yang diperuntukkan penerbit dan dek kerenah pelakon, banyak kali penggambaran tergendala.
“Call time’ pagi dia datang tengah hari. Sudahlah datang lambat, minta balik dulu. Mendidih kru produksi dan pelakon lain melihatkan perangainya. SS tak mahu nak bagi khutbah ke apa kerana yang empunya sudah besar panjang jadi fikirlah sendiri. Cuma apa yang SS selalu ingat, jika kita memudahkan hidup orang lain, insyaAllah hidup kita juga dipermudahkan Allah SWT.
SS: Daripada menyusahkan semua orang di lokasi, duduk saja rumah atau cari kerja lain.