IT penanda aras kemajuan negara
Teknologi maklumat (IT) dibangunkan sebagai perantara atau pemudah cara bagi memperoleh dan menyebarkan pelbagai jenis maklumat untuk pelbagai tujuan.
Dalam pelbagai sektor, kebergantungan terhadap teknologi maklumat memang tidak dapat dinafikan bagi memastikan sesuatu urusan dapat dilakukan dengan lebih efisien dan sistematik.
Ini dapat dilihat melalui perkembangan pesat di pelbagai sektor termasuk dalam bidang telekomunikasi, pendidikan, perniagaan dan pengurusan.
Dalam era globalisasi ini, penanda aras kemajuan sesebuah negara turut dilihat menerusi pencapaian bidang teknologi maklumat (IT).
Malaysia sebagai negara yang menuju ke status negara maju menjelang 2020, bidang ini turut dititikberatkan bagi memastikan tenaga kerja dan keupayaan dimiliki setanding dengan negara maju.
Sedar dengan potensi cerah bidang ini, MSU College menerusi School of Science & Technology (SST) turut tidak ketinggalan menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat bagi melahirkan graduan kompeten dan berkelayakan yang akan membantu menggerakkan industri ini.
Penuntut dilengkapi dengan pengetahuan asas terkini dan kemahiran dalam bidang IT khususnya pengaturcaraan komputer, pembangunan perisian dan aplikasi, sistem dan perkakasan komputer, multimedia, teknologi Internet dan rangkaian.
Program ini merangkumi modul pembelajaran sistem pengaturcaraan C++, Java dan ‘Visual Basic’.
Syarat kemasukan yang ditetapkan adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan memperoleh tiga kredit dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil MSU College dalam bidang berkaitan atau sijil dari politeknik, universiti awam atau swasta.
Graduan MSU College berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dengan membuat pindahan kredit menerusi Faculty of Information Sciences & Engineering (FISE), Management & Science University (MSU).
Peluang kerjaya terbuka luas termasuk sebagai Pengaturcara Komputer, Pembangun Aplikasi, Pegawai Teknologi Maklumat, Juruteknik Komputer, Jurutera Komputer dan Pakar Rangkaian Komputer.
MSU College tawar program Diploma Teknologi
Maklumat bagi lahirkan graduan kompeten