Lebih 11,000 permohonan
Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan
Datuk P Kamalanathan, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu National Science Challenge dan delegasi Akademi Sains Malaysia Yang Farina Abdul Aziz serta Pengarah Sekretariat IMO di PERMATApintar Profesor Datuk Dr Noriah Mohd Ishak.
Perbincangan mengenai kepentingan STEM kepada masa hadapan negara turut diadakan khususnya kebergantungan kepada pakar STEM demi pembangunan negara, keperluan untuk lebih ramai rakyat Malaysia mengambil subjek STEM dan peluang kerjaya pada masa hadapan yang perlu dijangka sebelum kewujudannya serta jawatan yang mungkin perlu diisi.
Tahun ini menandakan edisi ke-28 National Science Challenge yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Lebih 11,000 permohonan daripada pelajar tingkatan empat aliran Sains di seluruh negara diterima pada peringkat kuiz permulaan dengan 80 sekolah terpilih untuk cabaran peringkat negeri pada Julai.
Peringkat separuh akhir akan dijalankan pada pertengahan Ogos, kemudian peserta yang disenarai pendek akan mara ke peringkat akhir pada 16 Ogos.
Kedua-dua peringkat pertandingan ini akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Manakala 2017 juga menandakan tahun ke-23 penyertaan Malaysia di dalam International Math Olympiad (IMO) iaitu acara yang mengumpulkan pelajar muda berbakat dari 100 negara di seluruh dunia untuk menyelesaikan masalah matematik yang paling mencabar dalam satu pertandingan. -Fazurawati Che Lah
Peserta disenarai pendek mara ke peringkat akhir pada 16 Ogos