Harian Metro

PUSAKA PAK MAN TELO

 Aset bernilai RM29 juta dilapor disapu proksi dilantik

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim @hmetro.com.my

> Nama Pak Man Telo masih segar dalam ingatan 50,000 mangsa penipuan liciknya. Apa tidaknya, sebahagian daripada deposit haram berjumlah RM99.09 juta yang dikutip melalui skim cepat kaya Labu Peram yang dikendalik­an dipercayai masih wujud sehingga hari ini. Namun, ia sukar dikesan kerana ia dalam bentuk aset hartanah dan perniagaan di luar negara yang menggunaka­n nama proksi, lapor

Mohd Firdaus Ibrahim

Baki ‘harta pusaka’ Pak Man Telo ataupun nama sebenarnya Osman Hamzah yang terkenal dengan skim cepat kaya popular pada tahun 1980-an dipercayai masih wujud dalam bentuk hartanah di luar negara dianggarka­n bernilai puluhan juta ringgit.

Untuk rekod, hasil penipuan liciknya melalui skim cepat kaya Labu Peram, Pak Man Telo berjaya mengumpul deposit haram bernilai RM99.09 juta membabitka­n kira-kira 50,000 mangsa dari seluruh negara dan Singapura.

Daripada jumlah itu, RM70 dalam bentuk tunai juta sudah dibekukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Bank Negara Malaysia (BNM). Ini bermakna masih ada baki membabitka­n hartanah sebanyak RM29.09 juta dan nilainya kini meningkat berkali-kali ganda berdasarka­n pasaran semasa.

Menurut sumber, Pak Man Telo menggunaka­n proksi bukan daripada ahli keluargany­a hingga menyukarka­n pihak berkuasa mengesan hartanya sehingga kini.

“Aset Pak Man Telo dalam bentuk hartanah dan perniagaan ada di beberapa negara jiran termasukla­h di Eropah,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber itu berkata, selepas kematian Pak Man

Telo pada 22

Disember

1997 ketika berada dalam buangan, proksi yang memegang tanggungja­wab mengendali­kan harta dan asetnya itu juga terus menghilang­kan diri.

“Kematian

Pak Man Telo memberikan kebebasan untuk mereka mengendali­kannya harta dan aset berkenaan. Senang cakap, semua proksi dia sapu bersih tanpa berikan kepada ahli keluarga Osman.

“Lagipun keluargany­a termasuk isteri, anak mahupun menantunya tidak mengetahui kewujudan saki-baki harta berkenaan,” katanya.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan antara pegawai yang mengendali­kan kes Pak Man Telo memberitah­u Harian Metro bahawa sebanyak RM70 juta berjaya dibekukan daripada akaun milik lelaki itu selepas siasatan dilakukan.

“Bagaimanap­un proksinya tidak berjaya dikesan. Seingat saya, kami ada menyiasat beberapa orang kanan Pak Man Telo termasuk seorang penjawat awam yang dikaitkan dengannya.

“Penjawat awam itu bagaimanap­un dibersihka­n sepenuhnya selepas gagal mengaitkan­nya sebagai proksi kepada Pak Man Telo,” katanya sambil memberitah­u pasukan penyiasat polis turut ke beberapa negara untuk mengesan aset dipercayai milik lelaki terbabit.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitah­u Harian Metro sebelum ini penipuan Pak Man Telo nyata tidak menimbulka­n kesedaran orang ramai untuk serik dan menjauhi skim cepat kaya.

“Jika dulu kita ada skim Pak Man Telo ataupun labu peram, semuanya janjikan pulangan menarik. Bila kita dedahkan atau lumpuhkan, akan ada skim pelaburan baru yang muncul.

“Hakikatnya, tiada perniagaan yang mampu memberikan pulangan tinggi seperti dijanjikan mereka mencecah 15 peratus setiap bulan,” katanya.

Menurutnya, statistik JSJK merekodkan kerugian sebanyak RM205 juta pada 2016 membabitka­n 1,104 kes di seluruh negara berbanding tahun sebelumnya mencatatka­n kerugian RM70 juta daripada 419 kes dilaporkan.

Manakala, penipuan dalam talian bagi 2016 pula merekodkan sebanyak 6,169 kes membabitka­n kerugian bernilai RM30 juta diikuti kerugian sebanyak RM53 juta bagi penipuan SMS.

Berikutan itu, Acryl menasihatk­an orang ramai supaya tidak mudah ditipu atau gelap mata dengan tawaran sedemikian. “Tiada perniagaan termasuk pelaburan di bank terkemuka di negara ini ataupun di dunia mampu memberikan pulangan tinggi dalam masa singkat. Ini semua mengarut. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia