Harian Metro

Drebar teksi jujur

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Sikap jujur seorang pemandu teksi wajar dipuji apabila memulangka­n semula telefon pintar milik penumpang yang tertinggal di dalam kenderaan miliknya.

Jurucakap Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) berkata, telefon pintar milik seorang lelaki itu diserahkan pemandu teksi terbabit di pejabat SPAD Pudu, di sini, jam 11.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila pemilik telefon pintar yang juga pelanggan sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail, di sini, menaiki teksi itu pada 21 Jun lalu.

“Penumpang terbabit tertinggal telefon pintar iPhone 7 berwarna hitam di dalam kenderaan dinaiki.

“Dia kemudian pergi semula ke hotel itu dan mengadu masalah dihadapi kepada pengurus keselamata­n hotel berkenaan,” katanya.

Menurutnya, satu aduan turut dibuat di balai bergerak SPAD di KLCC jam 6 petang hari sama.

“Berdasarka­n maklumat diterima, pasukan SPAD membuat pemeriksaa­n dan mendapati teksi berkenaan dipandu lelaki tempatan bernama Chong.

 Pulang semula telefon pintar penumpang tertinggal dalam kereta

“Pihak kami menghubung­i Chong dan lelaki itu mengesahka­n telefon pintar berkenaan ada padanya.

“Bertempat di Pejabat SPAD Pudu, pemandu teksi itu menyerahka­n semula telefon pintar itu kepada adik pemilik telefon sambil disaksikan pengurus keselamata­n hotel serta kakitangan SPAD,” katanya.

Beliau berkata, SPAD memuji kejujuran serta sikap amanah pemandu teksi itu dan merancang untuk memberikan penghargaa­n kepada Chong.

 ??  ?? CHONG menyerahka­n telefon bimbit penumpangn­ya yang tertinggal di dalam teksi.
FAKTA
SPAD rancang beri penghargaa­n
kepada Chong
CHONG menyerahka­n telefon bimbit penumpangn­ya yang tertinggal di dalam teksi. FAKTA SPAD rancang beri penghargaa­n kepada Chong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia