Harian Metro

Mata biru, kelabu

 Budak dua tahun hidap sindrom Waardenbur­g curi perhatian

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

Sebelah mata warna biru manakala satu lagi kelabu. Itulah keajaiban dimiliki seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang menghidap sindrom Waardenbur­g menyebabka­n kedua-dua matanya berlainan warna ketika berusia tiga bulan.

Adira Azzhara Mohd Suhaimi yang juga anak pasangan Mohd Suhaimi Sumaji, 36, dan Norlaili Ahmad, 36, menghidap sindrom itu disebabkan perkembang­annya tidak selari dengan usia hingga mata kanan menjadi kelabu manakala kiri bertukar biru.

Bapanya, Mohd Suhaimi berkata, perkara itu disedari apabila dia tidak menyebut atau memanggil ibu bapanya selain tidak menunjukka­n sebarang reaksi jika terdengar bunyi sesuatu.

“Setiap perkembang­an kanak-kanak mesti ada perubahan mengikut usia terutama dari segi percakapan dan reaksi. Tapi, dia (Adira Azzhara) tidak menunjukka­n ke arah itu.

“Disebabkan itu, saya dan isteri membuat pemeriksaa­n di hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Doktor memaklumka­n anak saya menunjukka­n peratusan tinggi menghidap sindrom berkenaan.

“Antaranya tidak dapat mendengar, tidak mampu bertutur dan mata mempunyai warna berbeza walaupun normal. Dia kini menjalani terapi rawatan setiap minggu di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini,” katanya sambil diberitahu penghidap Waardenbur­g berlaku ke atas seorang daripada 40,000 penduduk. Sementara itu, Norlaili berkata, Adira Azzhara dilahirkan 28 Ogos 2015 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur melalui pembedahan selepas lewat 13 hari dari tarikh dijangka.

“Sebaik lahir saya dan suami sememangny­a terkejut melihat matanya namun doktor mengesahka­n ia normal dan saya menyangkak­an warna matanya itu disebabkan saya ada kacukan arab dan nenek turut mempunyai mata kelabu gelap. “Namun, selepas anak semakin membesar baru saya mengetahui warna matanya itu satu simptom sindrom ini. Kini anak saya menggunaka­n bantuan alat mendengar untuk kedua-dua telinganya dan dalam proses rawatan,” katanya.

Kehadiran Adira Azzhara bukan saja dianggap penyeri, malah mencuri perhatian setiap kali dibawa keluar berjalan-jalan.

 ??  ?? MOHD Suhaimi dan Norlaili bersama Adira Azzhara yang menghidap sindrom Waardenbur­g.
MOHD Suhaimi dan Norlaili bersama Adira Azzhara yang menghidap sindrom Waardenbur­g.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia