Harian Metro

Beg penuh seluar dalam

-

Kuala Terengganu: Penahanan seorang lelaki bersama sebuah beg di Taman Desa Putra Banggol, Manir, dekat sini, pada Isnin lalu membawa penemuan mengejutka­n apabila menemui pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita.

Suspek berusia 28 tahun dan bekerja sebagai buruh ditahan sepasukan polis kira-kira jam 12.10 tengah hari lalu selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigak­an di kawasan perumahan berkenaan.

Menurut sumber, pemeriksaa­n lanjut terhadap beg yang dibawa suspek menemui pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita.

Katanya, hasil soal siasat suspek mengaku mencuri pakaian dalam milik penduduk wanita di kawasan berkenaan.

“Malah hasil siasatan di tempat kejadian, seorang wanita yang tinggal di kawasan berkenaan turut mengaku pakaian dalam itu miliknya dan seorang rakan.

“Wanita terbabit memaklumka­n pakaian milik mereka yang dijemur di belakang rumah hilang pada hari kejadian.

“Siasatan lanjut mendapati suspek pernah ditangkap dan didakwa kerana kes pecah rumah. Bagaimanap­un, ujian saringan awal kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

 ??  ?? BURUH yang ditahan membawa pelbagai baju dan seluar dalam.
BURUH yang ditahan membawa pelbagai baju dan seluar dalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia