Harian Metro

Serakah nafsu setan

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

 Dua pembantu taska diperkosa sebelum disimbah asid

Dua gadis pembantu taska tidak hanya diperkosa dua perompak bertopeng, malah disimbah cecair peluntur selepas diperkosa.

Dalam kejadian jam 4 pagi, 14 Julai lalu, mangsa masing-masing berusia 19 dan 21 tahun diserang penjenayah yang memecah masuk sebuah taska di Pandan Indah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek dikatakan memakai topeng dan bersenjata­kan pisau ketika memecah masuk taska berkenaan.

Menurutnya, mangsa pertama berusia 21 tahun tidur di biliknya sebelum terdengar pintu bilik diketuk.

“Dia yang membuka pintu terkejut apabila mendapati dua suspek berada di depan pintu bilik bersama seorang lagi pembantu taska yang ditutup mulutnya dengan pita pelekat.

“Mangsa diugut dengan pisau di leher sebelum diikat dan ditampal mulutnya dengan pita pelekat,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam.

Dia berkata suspek memperkosa mangsa sebelum menyimbah cecair peluntur ke muka dan badan mangsa dipercayai bagi menghilang­kan bukti jenayah.

“Suspek menumbuk perut mangsa sambil mengugutny­a supaya tidak melawan serta mengambil gambar bogel mangsa.

“Suspek mengancam menyebarka­n gambar bogel mangsa sekiranya mereka membuat laporan polis. Kedua-dua suspek sempat melemparka­n gunting dalam tandas dan mengarahka­n mangsa membuka ikatan tangan sendiri.

“Mereka beredar bersama televisyen, telefon pintar, wang RM80, MyKad dan kad juruwang automatik (ATM) milik mangsa,” katanya.

Susulan laporan diterima berhubung kejadian itu, polis mengesan dua suspek utama bersama lima rakannya termasuk seorang wanita di sekitar Ampang Jaya.

Menurutnya, semua mereka ditahan dalam serbuan berasingan bermula jam 5 petang kelmarin hingga 5 pagi, semalam.

Katanya, berdasarka­n pemeriksaa­n, semua suspek mempunyai rekod jenayah antaranya pecah rumah dan terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.

“Semua suspek dibawa ke IPD Ampang untuk siasatan lanjut dan direman tujuh hari sehingga 1 Ogos depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376, 395 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia