Harian Metro

Tak sangka pertemuan terakhir

-

Dungun: Bapa kepada empat anak tidak menyangka kehadiran anak dan cucu sulung di rumahnya di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu selama tiga hari menjadi pertemuan terakhir apabila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 65 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Sekolah Kebangsaan Kuala Abang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari itu, Nurbani Fartini Ahmad Farnizar Bani, 25, dan anaknya, Naira Nur Fauzana Mohd Nazrin berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.

Menurut Ahmad Fanizar Bani Md Tahar, 48, berkata, dia yang berada di rumahnya bergegas ke Dungun sebaik dimaklumka­n kemalangan yang menimpa anak, cucu dan menantunya selepas satu jam mereka bertolak.

“Sebelum mereka bertolak dari rumah saya di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu, saya sempat bermain dengan Naira yang juga cucu sulung.

“Biasanya, dia ketawa setiap kali saya mengagahny­a, tetapi ketika saya menimang dan mengagahny­a, dia tidak ketawa sebaliknya hanya tersenyum.

“Malah, arwah anak Nurbani Fartini yang juga sulung daripada empat beradik tidak menunjukka­n sebarang perubahan pelik.

“Ketika itu, besan memaklumka­n anak saya meninggal dunia dan sebaik tiba di tempat kejadian, menantu (Mohd Nazrin Nizam, 25) memaklumka­n cucu pula meninggal,” katanya.

Menurutnya, jenazah dua beranak itu akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahka­n kejadian berkenaan.

Beliau berkata, mayat dua beranak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumia­n.

“Pemandu kereta itu hanya cedera ringan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana menyebabka­n kematian dengan memandu secara melulu dan membahayak­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia