Harian Metro

‘Dua anak terpaksa lakukan fisioterap­i sepanjang hayat’

-

“Biarpun perlu menjaga dua daripada tiga anak yang menghidap penyakit saraf sejak lahir tetapi kami reda,” kata Nor Aidah Simin, 36, ibu kepada dua beradik yang menghidap penyakit

(SMA).

Nor Aidah berkata, akibat penyakit itu, anak keduanya Nurul Idayu Mohd Nasrul, 13, dan adiknya, Muhammad Aiman, 12, mengalami lemah otot dan tidak dapat berjalan, malah mereka berdua juga terpaksa menggunaka­n kerusi roda untuk bergerak termasuk di dalam rumah.

Katanya, kedua-dua anaknya memerlukan penjagaan rapi termasuk mandi, makan dan minum kerana tidak boleh

Muscular Authophy

Spinal

melakukann­ya sendiri.

Namun, Nor Aidah dan suami, Mohd Nasrul Shah Napi, 36, bersyukur kerana anak sulung mereka, Nurul Atiqah, 15, membesar secara normal.

“Nurul Idayu dan Muhammad Aiman terpaksa melakukan fisioterap­i sepanjang hayat mereka dan dikategori­kan sebagai orang kurang upaya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Putra, semalam.

Nor Aidah berkata, dia dan suami tidak pernah putus asa mengubati penyakit kedua-dua anaknya dan pelbagai usaha dilakukan termasuk membuat rawatan alternatif selain meneruskan rawatan di hospital.

“Demi masa depan mereka, saya juga berusaha memberi pendidikan dan kini kedua-dua anak istimewa saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Indahpura 1,” katanya yang bekerja sebagai pemandu van sekolah sambilan.

Menurutnya, Nurul Idayu sempat berdiri sehingga usianya setahun sebelum tiba-tiba tidak boleh bangun dan bergerak sehingga dirujuk kepada pakar kanak-kanak.

Orang ramai yang ingin meringanka­n beban Nor Aidah dan keluargany­a boleh menyalurka­n bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional miliknya, 0110741000­030928.

 ??  ?? NURUL Idayu dan Muhammad Aiman yang menghidap penyakit SMA atau penyakit saraf kini menggunaka­n kerusi roda sepenuhnya untuk bergerak.
NURUL Idayu dan Muhammad Aiman yang menghidap penyakit SMA atau penyakit saraf kini menggunaka­n kerusi roda sepenuhnya untuk bergerak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia