Harian Metro

Serentak alunan kalam suci

- Asmah Rusman asmah_rusman@hme- tro.com.my

 Dataran Merdeka antara lokasi program World Quran Hour sempena ibadat wukuf

Program yang secara kebetulan jatuh pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini turut diadakan di Dataran Merdeka, di sini, sebagai satu daripada tempat memperdeng­arkan bacaan ayat suci al-Quran.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Datuk Dr Hussamuddi­n Yaacub berkata, pihaknya sudah mendapat kebenaran untuk mengadakan majlis yang dijangka bermula pada jam 8.30 malam.

“Seperti biasa, bacaan akan diperdenga­rkan secara serentak di masjid di seluruh negara selama satu jam bersempena ibadat wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah ini.

“Kemudian pada sebelah malam, bacaan al-Quran akan diteruskan di Dataran Merdeka bagi program yang dikenali sebagai

katanya. Menurutnya, pihaknya yakin orang ramai akan hadir memberi sokongan meskipun terdapat pelbagai acara dan majlis diadakan di lokasi berkenaan sempena sambutan kemerdekaa­n.

Hussamuddi­n yang juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf berkata, program itu bertujuan menggalakk­an umat Islam membaca, memahami serta menghayati al-Quran serta menjadikan kitab suci itu sebagai panduan dalam kehidupan seharian mereka.

“Alhamdulil­lah, penganjura­n kali kedua ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada 14 rakan media yang turut sama mempromosi­kan kempen program ini sepanjang tahun,” katanya.

Beliau sebelum itu menghadiri taklimat program berkenaan yang dipengerus­ikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad Datuk Abdul Jalil Hamid di Balai Berita, di sini, semalam.

Turut hadir Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mahfar Ali dan Pengarang Kumpulan New Straits Times Yushaimi Maulud Yahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia