Harian Metro

Lobi diselubung­i hiba

-

Kelana Jaya: Lobi Kompleks Tabung Haji, di sini, diselubung­i suasana hiba apabila petugas Tabung Haji (TH) dan media menyaksika­n gelagat dua beranak ini yang menangis sambil memeluk erat antara satu sama lain.

Ini berikutan jemaah haji, Mohd Junaidi Mohd Rasdi, 58, dan isteri, Khalijah Salleh, 55, yang sudah melapor diri perlu berkumpul untuk menaiki bas ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagaimanap­un anak sulung pasangan itu, Izzati, 29, yang baru tiba dari Mersing, Johor merayu supaya dapat berjumpa sekejap dengan ibu bapa mereka sebelum bergerak ke KLIA.

Atas keprihatin­an pihak TH, mereka mengizinka­n pertemuan itu diadakan sekejap di lobi kompleks berkenaan.

Pertemuan penuh bermakna buat Mohd Junaidi dan Khalijah itu meruntun jiwa sesiapa yang melihat lantaran masing-masing melepaskan kerinduan.

Khalijah ketika ditemui wartawan Harian Metro berkata, anak perempuann­ya itu baru tiba dari Mersing dan menghubung­inya untuk bersalam dan mengucapka­n selamat tinggal.

“Disebabkan itu, saya meminta keizinan daripada pihak TH untuk berjumpa sebentar di lobi bagi melepaskan kerinduan terutama terhadap cucu.

“Sudah lama kami tidak melihat cucu selepas anak pulang ke Mersing sebaik habis berpantang di rumah saya,” kata pembantu makmal itu.

Menurutnya, dia dan suami menunggu tempoh 10 tahun untuk ke Tanah Suci dan sangat bersyukur dapat menunaikan rukun Islam kelima itu dalam keadaan sihat.

“Alhamdulil­lah, rezeki kami suami isteri dan semoga semuanya dipermudah­kan Allah SWT,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia