Harian Metro

Peluang ziarah nilai tambah untuk jemaah

-

disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah.

Menurutnya, program itu dibahagika­n kepada dua iaitu Ziarah Dalam dan Ziarah Luar.

Katanya, Ziarah Dalam membabitka­n lawatan dalam Masjid Nabawi termasuk peluang menziarahi Makam Rasulullah SAW dan dua sahabat baginda iaitu khalifah pertama Saidina Abu Bakar As-Siddiq serta khalifah kedua Saidina Umar Al-Khattab.

Beliau berkata, selain menziarahi ketiga-tiga makam berkenaan, jemaah juga berpeluang melawat ruang istimewa dalam Masjid Nabawi iaitu Raudhah atau Taman Syurga.

“Jemaah diharap tidak melepaskan peluang melawat Raudhah dengan berdoa atau menunaikan solat sunat di dalamnya,” katanya, di sini, semalam.

Selain itu, katanya, jemaah juga berpeluang melawat kawasan perkuburan Al-Baqi’ bersebelah­an Masjid Nabawi.

Antara keistimewa­an perkuburan berkenaan adalah ia turut menjadi lokasi persemadia­n khalifah ketiga Saidina Uthman Al-Affan.

Yang lain termasuk Saidina Ibrahim dan Saidatina Ruqaiyyah, putera dan puteri baginda, isteri serta sahabat baginda.

Mohd Razali berkata, bagi Ziarah Luar pula, antara lokasi yang dilawati jemaah adalah Masjid Quba iaitu masjid pertama dibina Rasulullah, makam shuhada Perang Uhud di Bukit Uhud dan sekitarnya termasuk Bukit Pemanah, Masjid Qiblatain atau Masjid Dua Kiblat serta Masjid Tujuh yang menjadi lokasi Perang Khandak.

Menurutnya, bagi Program Bimbingan pula, ia bertujuan membantu jemaah melaksanak­an ibadat mereka dengan tertib dan sempurna.

Malah, katanya, program bimbingan berkaitan ibadat haji yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah muassasah hampir setaraf dengan yang disediakan kepada jemaah pakej swasta.

 ??  ?? JEMAAH wanita melawat Masjid Nabawi.
JEMAAH wanita melawat Masjid Nabawi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia