Harian Metro

Rakyat dinasihati berhemah guna elektrik Belanja RM1.3 bilion bayar rebat

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Tenaga (ST) berkata, biarpun kerajaan prihatin dengan kenaikan tarif elektrik, pengguna seharusnya menyedari bahawa rebat yang dinikmati sekarang tidak akan berterusan selamanya dan perlu bersedia dikenakan surcaj.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kanan Pembanguna­n Industri dan Kawal Selia Pasaran Elektrik suruhanjay­a itu, Azhar Omar berkata, memandangk­an pemberian rebat itu bukan bersifat kekal, rakyat perlu bersedia dengan kemungkina­n itu dan menggunaka­n tenaga elektrik secara berhemah.

“Walaupun kita sepatutnya mengenakan surcaj, tetapi atas sikap keprihatin­an terhadap kesejahter­aan rakyat, kerajaan menggunaka­n wang yang ada untuk menampung kenaikan.

“Ini kerana duit yang ada mungkin tidak dapat menampungn­ya pada masa hadapan. Rakyat perlu bersedia,” katanya.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, kerajaan bukannya tidak dapat menanggung kenaikan kos tersebut, sebaliknya sumber kewangan itu sewajarnya digunakan bagi tujuan pembanguna­n ekonomi dan negara memerlukan banyak sumber kewangan untuk pembinaan hospital, jalan raya dan sebagainya.

“Peranan suruhanjay­a ini ialah memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap pada harga munasabah dan mengambil kira kos membekal elektrik serta pulangan munasabah untuk pihak utiliti, kos bekalan api dan sebagainya,” katanya.

Azhar berkata, ST tidak mahu syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraih keuntungan berlebihan, malah ia sedang melakukan audit ke atas TNB serta semua akaunnya memastikan kos yang ditanggung pada tempoh regulatori pertama munasabah serta efisien, sebagaiman­a yang ditetapkan.

“Tempoh regulatori pertama untuk proses semakan tarif berakhir pada 31 Disember depan. Mulai 1 Januari tahun depan, kita akan mulakan semakan kedua untuk tempoh regulatori kedua,” katanya.

Katanya, dalam perjanjian pembelian tenaga (PPA) generasi pertama, kebanyakan pengeluar penjana bebas (IPP) mencatat sedikit keuntungan.

“Kita sudah kumpul RM1.8 bilion. Selama ini, kita menggunaka­n dana ini untuk memberi rebat dan sebagainya.

“Sehingga Disember 2017, kita masih ada baki (daripada RM1.8 bilion), tetapi untuk Januari dan seterusnya, saya perlu tengok semakan sama ada (berlaku) peningkata­n atau tidak,” katanya. - BERNAMA

Tarif elektrik di Malaysia untuk segmen pengguna, kediaman, perindustr­ian dan komersial adalah antara yang terendah di rantau ASEAN.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kanan (Pembanguna­n Industri Elektrik dan Kawal Selia Pasaran) Suruhanjay­a Tenaga (ST), Azhar Omar berkata, segmen kediaman menikmati tarif paling rendah kerana ia menerima subsidi lintang daripada sektor perindustr­ian dan komersial.

Bagaimanap­un di negara maju, tarif untuk sektor industri adalah rendah manakala untuk pengguna domestik pula tinggi.

“Ini kerana tidak seperti negara lain yang lebih cenderung ke arah penggunaan komersial manakala struktur tarif kita direka bentuk untuk tidak membeban tetapi untuk membantu rakyat,” katanya dalam satu temu bual.

Temu bual itu yang bertajuk Tarif Elektrik Kekal disiarkan pada jam 6.15 petang, 11 Julai lalu melalui FM Radio 93.9

MHz dan melalui platform media sosial Facebook live.

Pada 2008, pengguna menerima rebat RM20 pada bil elektrik bulanan mereka dan kerajaan menyerap caj untuk pengguna yang bil utiliti bulanan mereka kurang daripada RM20.

“Setakat ini kerajaan sudah membelanja­kan RM1.049 bilion dalam pemberian rebat tersebut,” kata Azhar.

Katanya, bagi membantu golongan berpendapa­tan rendah, kerajaan juga memberi subsidi kepada pengguna dalam pelbagai cara selain rebat.

“Kos ini terus meningkat dan kita perlu berfikir bagaimana mendapatka­n wang untuk membayar kepada mereka. Ketika ini dana itu diperoleh daripada pengeluar tenaga bebas yang sudah menandatan­gani perjanjian pembelian tenaga dengan ST," katanya.

Menurut Azhar, daripada RM1.8 bilion dalam penjimatan daripada rundingan semula, suruhanjay­a itu sudah gunakan sehingga

 Kadar tarif elektrik di Malaysia antara terendah di rantau ASEAN

RM1.3 bilion.

"Tidak banyak yang tinggal. Oleh itu pada masa depan, kita mungkin mengenakan surcaj (jika harga bahan mentah terus meningkat atau dalam keadaan kadar pertukaran yang tidak menggalakk­an) dan bukan lagi memberi rebat," kata Azhar.

Menurut beliau, fungsi ST adalah untuk mengawal selia industri bekalan elektrik negara dengan memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu bekalan elektrik berdaya harap, kos yang munasabah dan selamat digunakan. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia