Harian Metro

Pereka kerusi MRT

-

 Pelajar POLISAS terima Anugerah Projek Terbaik

“Saya ingin buktikan kepada semua pihak, penuntut politeknik mempunyai kelebihan dari segi kemahiran hingga layak mendapat pengiktira­fan daripada syarikat swasta bertaraf antarabang­sa.

“Rekaan tempat duduk dalam Mass Rapid Transit (MRT) yang saya hasilkan seharusnya menjadi kebanggaan terutama kepada penuntut di 36 politeknik di negara ini,” kata Mohamad Saiful Anuar Zamri, 25.

Penerima Anugerah Projek Terbaik sempena Majlis Konvokesye­n Ke-38 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di Bukit Gambang Resort berkata, kejayaan menjulang kejuaraan pada pertanding­an KVMRT Bench Design Competitio­n Project suatu yang membanggak­an.

Menurutnya, hanya dalam masa sebulan dia berjaya menghasilk­an rekaan untuk pertanding­an itu sebagai percubaan pertama selepas menimba ilmu tiga tahun di Jabatan Kejurutera­an Awam dalam bidang diploma seni bina di POLISAS.

“Saya bersyukur dengan kejayaan ini yang menjulang nama penuntut politeknik, seterusnya meletakkan imej POLISAS sebaris dengan pusat pengajian tinggi bertaraf universiti di negara ini yang sebelum ini dilihat lebih menyerlah.

“Kejayaan saya diharap dapat membuka mata semua pihak supaya mengiktira­f pelajar lepasan politeknik yang mempunyai kemahiran menjalanka­n tugas dengan baik dalam bidang yang di pelajari,” katanya.

Majlis Konvokesye­n Ke-38 POLISAS dirasmikan Pegawai Memerintah Rejimen 505 Askar Wataniah Leftenan Kolonel Tengku Datuk Seri Kamarulzam­an Al Haj Sultan Abu Bakar.

Hadir sama, Pengarah Polisas Norlida Abd Razak.

Seramai 1,762 graduan daripada Jabatan Kejurutera­an Awam (482), Jabatan Kejurutera­an Elektrik (221), Jabatan Kejurutera­an Mekanikal (302), Jabatan Perdaganga­n (544) dan Jabatan Teknologi Makanan (213) menerima diploma masing-masing pada program dua hari itu.

Pada majlis itu, tiga pelajar menerima biasiswa pendidikan RM300,000 daripada PKT Logistics Group Sdn Bhd.

Mohamad Saiful Anuar yang berasal dari Temerloh berkata, kejayaan pada pertanding­an itu melayakkan­nya menerima hadiah wang tunai RM7,000.

Sementara itu, pelajar diploma ukur tanah M Gobinat, 22 menerima Anugerah Pengarah Politeknik Kecemerlan­gan Akademik dan Kokurikulu­m POLISAS untuk membawa pulang piala pusingan, sijil dan wang tunai daripada Yayasan Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia