Harian Metro

Momen pupuk perpaduan

- BERNAMA

 Najib yakin aktiviti kebajikan erat hubungan etnik antara kaum

Aktiviti kebajikan boleh mewujudkan momen perpaduan bagi mengeratka­n perpaduan rakyat negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata selain sukan, aktiviti kebajikan yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan, wajar dijadikan platform memupuk perpaduan kaum.

“Jika sukan boleh menjadi satu medium yang boleh memupuk semangat perpaduan tidak kenal warna kulit, agama dan budaya, menolong orang susah pada saya juga momen perpaduan, kerana kita membantu sesiapa yang perlukan bantuan dan mendapat ganjaran. Kalau orang Islam, dapat pahala.

“Seperti majlis hari ini (semalam), semua bangsa datang bersama,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Pusat Jagaan Warga Emas Ti-Ratana di Desa Petaling, di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalanny­a Datuk Loga Bala Mohan.

Najib turut mengumumka­n peruntukan RM1 juta bagi membina bangunan baru pusat warga emas itu.

Katanya, sumbangan berkenaan tambahan kepada RM1 juta yang diperuntuk­kan ketika pembinaan pusat kebajikan itu beberapa tahun lalu dan beliau berharap pihak yang berkemampu­an turut dapat menghulurk­an bantuan.

Kos keseluruha­n pembinaan bangunan itu dianggarka­n RM12 juta dan sebelum sumbangan RM1 juta yang diumumkan Perdana Menteri semalam, RM4 juta berjaya dikumpulka­n.

Bangunan baru itu yang dijangka siap dalam tempoh 13 bulan boleh menempatka­n 180 warga emas.

Persatuan Kebajikan Ti-Ratana ketika ini menyediaka­n rumah perlindung­an untuk wanita dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

 ??  ?? NAJIB bersama Liow (dua dari kanan) serta Tengku Adnan (tujuh dari kanan) ketika simbolik majlis pecah tanah Pusat Jagaan Warga Emas Ti-Ratana, Desa Petaling, semalam.
NAJIB bersama Liow (dua dari kanan) serta Tengku Adnan (tujuh dari kanan) ketika simbolik majlis pecah tanah Pusat Jagaan Warga Emas Ti-Ratana, Desa Petaling, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia