Harian Metro

Dicampak hidup-hidup

-

>>Polis tidak menolak kemungkina­n bayi lelaki dicampak ke dalam perigi ketika masih hidup

 Polis rakam percakapan 15 individu siasat bayi mati dalam perigi

Hasil siasatan awal, polis tidak menolak kemungkina­n mayat bayi lelaki berusia enam hari ditemui dalam perigi sedalam enam meter di Kampung On Lok, Batang, di sini, Ahad lalu, dicampak ke dalam perigi itu ketika mangsa masih hidup.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superinten­dan Arshad Abu berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut sebelum dapat mengesahka­n perkara itu selain menunggu laporan penuh bedah siasat daripada Jabatan Patologi.

Beliau berkata,

siasatan berjalan dengan lancar dan pihaknya kini sedang menumpukan usaha untuk mengenal pasti dalang utama kes pembunuhan bayi berkenaan.

“Siasatan kini sudah mencapai 60 peratus, kami percaya proses ini akan selesai dalam masa terdekat sebelum tempoh tahanan reman terhadap enam suspek tamat.

“Setakat ini kami sudah merakam percakapan 15 individu bagi bantu siasatan, ini termasuk tujuh saksi awal, semua yang dipanggil adalah dalam kalangan jiran dan ahli keluarga suspek,” katanya pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini, semalam.

Arshad berkata, siasatan dijalankan membabitka­n pelbagai aspek dan terperinci bagi mendapatka­n bukti kukuh serta motif sebenar kejadian meragut nyawa bayi belum mempunyai nama itu.

Sementara itu, Arshad mengingatk­an orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung motif sebenar kejadian kerana ia akan mengeruhka­n lagi keadaan keadaan selain mengganggu siasatan.

Harian Metro kelmarin melaporkan penemuan mayat bayi lelaki belum mempunyai nama berusia enam hari ditemui sekumpulan lelaki yang membantu usaha mengesan mangsa yang disedari hilang ketika tidur bersama ibunya di dalam bilik di rumah sewa keluargany­a jam 6.30 petang, Sabtu lalu.

Mayat bayi berkenaan ditemui pemilik rumah sewa terbabit yang berasa curiga selepas mendapati penutup pada perigi sudah tidak digunakan sejak empat tahun lalu itu terbuka.

Dia menggunaka­n mengepam air dari dalam perigi sebelum melihat kaki bayi berkenaan lalu melaporkan penemuan itu kepada pihak polis.

Susulan penemuan mayat bayi lelaki itu, ibu, bapa dan empat lagi ahli keluarga ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia