Harian Metro

Pegawai JAS direman enam hari

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Pegawai Bahagian Pembanguna­n Jabatan Alam Sekitar (JAS) Daerah Johor Bahru ditahan reman enam hari mulai semalam bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada syarikat penyedia Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP), tahun lalu.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Alias mengeluark­an perintah reman terhadap lelaki berusia 40 tahun yang juga pegawai kanan di Unit Penguatkua­saan Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) JAS Daerah Johor Bahru sehingga 31 Julai depan.

Ia bagi membolehka­n siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Kelmarin, SPRM menahan lelaki berkenaan kerana disyaki meminta rasuah daripada syarikat terbabit dan siasatan mendapati berlaku kemasukan wang RM4,000 ke akaun milik suspek pada 1 Disember 2016.

Individu dikenali sebagai Raja Samsul yang didakwa dalang penipuan isu pajakan kenderaan kini dalam perhatian polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya menjalanka­n siasatan berdasarka­n laporan ke atas individu terbabit yang didakwa pencetus masalah ramai mangsa dengan syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR).

Menurutnya, polis bertindak mengikut laporan dan meneruskan siasatan jika ada laporan polis berhubung isu pajakan kereta itu.

“Kita akan nilai semula laporan baru yang diterima, manakala polis menunggu arahan lanjut daripada timbalan pendakwa raya mengenai siasatan berkaitan

 ??  ??
 ??  ?? LELAKI didakwa rasuah dibawa keluar dari mahkamah semalam.
LELAKI didakwa rasuah dibawa keluar dari mahkamah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia