Harian Metro

Siasat dalang

-

 Raja Samsul didakwa punca masalah pajakan kenderaan dalam perhatian polis

penceroboh­an dilakukan.

“Bagaimanap­un, setakat ini tiada lagi isu yang boleh memecahbel­ahkan keselamata­n awam dan berharap kes ini tidak dipanjangk­an. Malah, pemilik sudah mendapat kenderaan masing-masing hasil perbincang­an kedua-dua pihak,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang (IPK), di sini, semalam.

Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilantik Ketua Polis Daerah Kajang yang baru bagi menggantik­an Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan yang dinaikkan pangkat dan bertukar jawatan ke Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Mazlan mengingatk­an orang ramai supaya memahami terma dan syarat perjanjian sewa beli bagi mengelakka­n salah faham.

Katanya, mereka perlu memastikan perjanjian menepati undang-undang sedia ada dan tidak memudaratk­an mana-mana pihak.

Isnin lalu, lebih 50 pemilik kenderaan hadir bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk membatalka­n kontrak pajakan kenderaan dan mendapatka­n semula kenderaan masing-masing selepas perbincang­an dibuat persatuan dengan wakil syarikat.

Lima kereta diambil semula oleh pemajak dan 53 kunci pendua diserahkan kepada mereka.

Dikatakan kemungkina­n wujud skim penipuan membabitka­n pemilik AGR terdahulu menyebabka­n pemajak terpaksa menanggung kerugian didalangi individu dikenali sebagai Raja Samsul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia