Harian Metro

Berganding bahu benci rasuah

- Noor Mohamad Shakil Hameed

Hasil Kajian Persepsi Mahasiswa Mengenai Rasuah oleh Institut

Integriti Malaysia

(INTEGRITI) terhadap 402 responden mahasiswa daripada kalangan tiga universiti utama tempatan mengejutka­n ramai pihak. Pelbagai pihak berpandang­an hasil kajian ini sebagai ancaman dan malapetaka yang besar kepada masa depan belia secara khususnya dan masa depan negara kita secara keseluruha­nnya. Hal ini kerana golongan mahasiswa inilah bakal memikul amanah dan tanggungja­wab untuk meneruskan legasi kecemerlan­gan negara ini suatu hari nanti.

Jadi rata-rata semua pihak setuju agar sesuatu yang drastik perlu dilakukan dengan segera bagi memperbetu­lkan situasi ini demi menyelamat­kan anak muda negara kita. Antara rumusan hasil kajian ini yang mengejutka­n kita ialah, kebanyakan mahasiswa (35.8 peratus responden) menganggap menerima hadiah dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmat­an sebagai balasan atas khidmat yang diberikan, bukan satu kesalahan rasuah. Dapatan kajian juga menunjukka­n

20.6 peratus responden beranggapa­n untuk ‘terbabit secara langsung dalam proses pelantikan ahli keluarga bagi mengisi jawatan kosong di jabatan’ sebagai perbuatan yang dibolehkan. Malah, 28.1 peratus responden pula beranggapa­n bahawa tidak menjadi kesalahan untuk mengambil harta atau barangan pejabat seperti pemacu pena, ‘toner’, kertas dan lain-lain untuk kegunaan peribadi. Untuk rekod responden kajian ini terdiri dari 33.1 peratus responden dari mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 47.5 peratus dari Universiti Sains Malaysia (USM), 15.9 peratus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) manakala bakinya iaitu 3.5 peratus dari universiti lain.

Walaupun jumlah keseluruha­n 402 responden ini mungkin tidak menggambar­kan pegangan dan pandangan keseluruha­n mahasiswa baik dari universiti awam mahupun swasta di negara ini, tetapi ia sedikit sebanyak memberi petunjuk kepada kita tentang persepsi, pegangan nilai dan kefahaman mahasiswa tentang integriti, rasuah dan salah guna kuasa. Hakikatnya kegagalan golongan terpelajar ini memahami elemen integriti dan rasuah adalah sesuatu yang sukar untuk diterima kerana mereka sepatutnya faham apa itu rasuah dan integriti kerana ia bukanlah perkara baru dalam kehidupan mereka. Penulis yakin dan percaya sejak kecil mereka mempunyai pelbagai ruang dan peluang untuk memahami elemen rasuah dan integriti dari pelbagai sumber.

Justeru timbul persoalan bagaimana kita boleh memperoleh­i keputusan hasil kajian seperti ini? Hal ini kerana sama ada secara langsung ataupun tidak langsung kita dididik tentang rasuah sejak di rumah, sekolah sehingga di menara gading melalui pelbagai cara dan pendekatan. Jadi hasil kajian ini dengan jelas menunjukka­n ada sesuatu yang tidak kena dalam kita mendidik anak kita untuk membenci rasuah selama ini. Ringkasnya apakah ibu bapa gagal dalam mendidik anak mereka, apakah sistem pendidikan kita baik di sekolah mahupun di menara gading juga gagal memainkan peranan yang dihasratka­n ataupun sikap mahasiswa itu sendiri yang menjadi puncanya? Apapun jawapannya apa yang pasti kita perlu sama-sama berganding bahu memperbetu­lkan situasi ini sebelum ia merebak menjadi lebih parah dan serius.

Dalam konteks ini penulis tetap mahu berbalik kepada tugas dan tanggungja­wab ibu bapa dalam mendidik dan menyemai nilai-nilai moral dan etika yang sepatutnya kepada anak mereka sejak dilahirkan. Ini sepatutnya menjadi antara tugas asas dan hakiki setiap ibu bapa dan penjaga. Ingat anak kecil yang baru dilahirkan umpama kain putih yang suci dan bersih di mana ibu bapalah yang mencorakka­nnya mengikut keperluan dan acuan mereka sendiri. Jadi sudah tiba masanya untuk ibu bapa menyemak dan menilai semula peranan

mereka dalam hal ini. Janganlah kita leka dan lalai dalam soal ini kerana kesannya kelak bukan saja merosakkan masa depan anak malah bakal menghancur­kan kedudukan generasi pewaris masa depan negara ini.

Dalam pada itu ibu bapa juga yang sering dijadikan ‘role model’ atau suri teladan oleh anak sepanjang dalam proses pembesaran dan pembelajar­an mereka perlu menjaga dan memelihara nilai integriti dalam diri mereka terlebih dulu. Kita khuatir anak ini mungkin tanpa disedari mempelajar­i sesuatu yang tidak betul dari ibu bapa sendiri. Ia tidak mustahil untuk berlaku kerana mutakhir ini kes rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan anggota masyarakat kita. Penulis risau penyakit ‘rasuah’ yang ada pada ibu bapa ini dengan mudah berjangkit kepada anak mereka sama ada sekarang ataupun suatu hari kelak. Buktinya sudahpun ada di mana baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa membabitka­n bapa dan anak serta suami dan isteri.

Selanjutny­a kita perlu beri perhatian kepada sistem pendidikan negara baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat menara gading. Perlu disemak dan dinilai semula sejauhmana elemen pendidikan sedia ada dalam silibus pendidikan negara serta program berbentuk pendidikan dan pencegahan yang dibuat selama ini benar-benar memberikan kesan dan impak yang diharapkan oleh semua pihak. Penulis yakin proses mendidik anak kita untuk membenci rasuah dan memahami elemen integriti ini perlu dimulakan secara bersistema­tik dari sekolah rendah lagi. Hal ini kerana pada usia yang muda seperti itu mereka mudah menerima

sesuatu yang hendak diberi penekanan dan diajar secara serius. Dan proses itu perlu ditambah baik dengan silibus yang lebih kreatif di peringkat sekolah menengah dan IPT. Apapun eloklah kita semak dan nilai semula sistem pendidikan yang sedia ada secara lebih objektif supaya boleh mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya.

Pada masa yang sama penulis juga menyokong penuh beberapa cadangan yang antara lainnya pihak Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) bersetuju agar nilai integriti dan pencegahan rasuah dimasukkan sebagai elemen matapelaja­ran elektif pelajar tahun akhir, malah elemen itu dikatakan akan diambil kira dalam penilaian Purata Nilai Gred Keseluruha­n Berintegra­si (iCGPA) mahasiswa. Diharap usaha berterusan seperti ini mampu melahirkan mahasiswa dan generasi masa depan yang lebih berintegri­ti dan beretika.

Semoga semua pihak dapat ambil iktibar dengan hasil kajian rawak ini seterusnya berganding bahu membantu memperbetu­lkan situasi ini di semua peringkat yang terlibat. Hentikan budaya tuding jari menyalahka­n orang lain, sebaliknya marilah kita perbaiki kelemahan yang ada secara bersama dengan impian mendidik anak-anak dan mahasiswa untuk membenci rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa. Penulis Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an UPM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia