Harian Metro

Syabas bertindak tegas halau penceroboh tanah kerajaan

-

TAHNIAH kepada Pejabat Tanah Daerah (PTD) Kluang yang bertindak tegas dan berusaha membantera­s kegiatan peneroka haram yang menceroboh tanah milik kerajaan di Mukim Renggam, baru-baru ini.

PTD Kluang pada 24 Julai lalu menahan tujuh lelaki dalam dua serbuan berasingan kerana meneroka secara haram tanah kerajaan di Mukim Renggam dan turut merampas dua jentera yang dipercayai digunakan untuk penerokaan haram itu sebagai bahan bukti pendakwaan.

Penahanan lelaki berusia antara 30 hingga 45 tahun itu mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 (Pindaan September 2016), boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau lima tahun penjara.

Lokasi pertama penceroboh­an di Lot PTD 5158 membabitka­n tanah seluas kira-kira 20 hektar oleh sebuah syarikat dari Batu Pahat dan penerokaan dilakukan untuk tanaman kelapa sawit.

Kegiatan syarikat ini dapat dikesan lebih awal berikutan aduan penduduk berdekatan yang sangsi dengan kerja penerokaan tanpa sebarang papan tanda maklumat.

Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Mustaffa Kamal Samsudin berkata, lokasi kedua penceroboh­an dan penerokaan secara haram yang berjaya dikesan di Lot PTD 9779 seluas lima hektar di Mukim Renggam, namun kali ini ia diteroka oleh orang perseorang­an yang mengusahak­an tanaman sayuran sejak tiga bulan lalu.

Terdahulu, pada 19 Julai lalu, PTD Kluang turut berkuasa bertindak tegas memusnahka­n semua tanaman diusahakan peneroka haram yang menceroboh tanah kerajaan serta rizab Hutan Simpan Kluang dan Hutan Tadahan Air Kluang berkeluasa­n kira-kira 290 hektar di Mukim Renggam.

Operasi khas empat hari itu dilakukan bagi menghentik­an penceroboh­an oleh 174 peneroka haram yang berlarutan sejak lima tahun lalu di kawasan terbabit.

Siasatan dilakukan mendapati Hutan Simpan Kluang dan Hutan Tadahan Air turut sama diceroboh menyebabka­n tindakan menghentik­annya terpaksa dilakukan.

Semua kawasan tanah kerajaan yang diceroboh itu digondolka­n semula dan digantikan dengan kerja menghijauk­an dengan menanam pokok hutan seperti pokok hopea odorata.

Walaupun isu penceroboh­an tanah kerajaan bukan sesuatu yang asing, namun kesungguha­n pihak berkuasa berkenaan untuk sekurang-kurangnya memberi pengajaran dan peringatan bahawa kegiatan itu salah satu masalah serius yang perlu ditangani secara tegas dan segera amat dihargai.

Kegiatan itu mesti dibanteras kerana ia bukan saja menjejaska­n kecekapan pentadbira­n tanah di negari ini, malah turut merugikan negara secara keseluruha­nnya kerana banyak tanah diterokai dan diusahakan, namun hasilnya tidak diperoleh kerajaan.

Penceroboh yang mengusahak­an tanah berkenaan dengan pelbagai aktiviti pertanian mengaut keuntungan tanpa sebarang modal sedangkan dalam masa sama mencemarka­n pandangan dan sumber air yang menjejaska­n ribuan pangguna.

Dalam kes penceroboh­an tanah kerajaan di Kluang, pihak berkuasa mengesan kegiatan menceroboh hutan di kawasan terbabit sejak 2012 sebelum bertindak menghalau semua penceroboh terbabit pada 2013.

Ia berikutan persetujua­n pihak pentadbir tanah sebelum ini untuk mengeluark­an borang permohonan kepada peneroka terbabit bagi mendapatka­n tanah, maka aktiviti pertanian kembali rancak walaupun belum ada sebarang keputusan daripada kerajaan negeri Johor.

Namun, semakan dilakukan pada awal 2016 mendapati tiada sebarang keputusan diberikan kerajaan untuk mengurniak­an tanah yang diceroboh itu kepada semua pemohon.

Siasatan dilakukan mendapati Hutan Simpan Kluang dan Hutan Tadahan Air turut sama diceroboh menyebabka­n tindakan menghentik­annya terpaksa dilakukan.

Malah, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, kerajaan negeri tidak akan berkomprom­i terhadap mana-mana pihak yang menceroboh tanah milik kerajaan.

Katanya, perbuatan itu kegiatan haram dan boleh dikenakan tindakan berat jika sabit kesalahan kerana tiada siapa mempunyai kuasa untuk menggunaka­n tanah milik kerajaan dan mereka yang memasuki kawasan berkenaan tanpa kelulusan boleh dianggap sebagai penceroboh.

Kerajaan perlu terus komited untuk mengambil tindakan ke atas penceroboh tanah ini terutama yang dilakukan oleh syarikat secara terancang kerana jelas mereka mengaut untung mudah di atas tanah bukan milik mereka.

Peneroka haram membabitka­n orang perseorang­an terutama penduduk kampung yang mungkin ingin menambah pendapatan dengan mengusahak­an kebun sayuran, pihak berkuasa boleh menggunaka­n budi bicara mereka dan mencari jalan yang terbaik menanganin­ya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia