Harian Metro

Pengulanga­n lafaz talak

-

Apakah kesan seorang suami ketika memarahi isterinya terpacul lafaz cerai daripadany­a sebanyak tiga kali atau lebih seperti, “Aku cerai kau, aku cerai kau, aku cerai kau” dalam satu masa.

Adakah bilangan talak itu dikira satu talak atau tiga talak?

Ruhani Selangor

Tindakan melafazkan cerai terhadap isteri akan memberi kesan dengan melihat sejauh mana rukun dan syarat lafaz cerai itu dilakukan.

Talak dari segi bahasa bererti melepaskan ikatan sesebuah perkahwina­n manakala dari segi istilah ialah melepaskan ikatan perkahwina­n dengan menggunaka­n lafaz cerai, talak dan seumpamany­a oleh suami kepada isteri.

Allah SWT berfirman mengenai talak dalam Surah Al-Baqarah, ayat 229 yang bermaksud: “Talak yang boleh dirujuk kembali itu hanya dua kali.

Sesudah itu bolehlah ia rujuk dan memegang terus isterinya itu dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan­nya iaitu menceraika­nnya dengan cara yang baik.”

Rukun talak ada lima iaitu suami, lafaz yang digunakan, kepada siapa talak itu diqasadkan (diniatkan), isteri dan talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami.

Namun begitu, bagi setiap rukun itu terdapat syarat sah yang mungkin memberi kesan berbeza khususnya pada sahnya cerai atau jumlah talak yang jatuh.

Justeru, dalam setiap dakwaan berlakunya lafaz cerai oleh suami, jika dipenuhi setiap rukun dan syarat sahnya talak, maka jatuhlah talak dan ia akan memberi kesan kepada jumlah talak bagi isteri.

Bagaimanap­un, ada juga kejadian lafaz cerai dalam beberapa keadaan apabila suami marah atau tidak sedar dengan perbuatann­ya yang melafazkan cerai sama ada disebutkan secara jelas talak itu serta jumlah talak.

Dalam mazhab al-Syafie, talak yang dilafazkan secara sarih (jelas) seperti cerai dan talak dan ditujukan kepada isteri adalah jatuh meskipun dilafazkan tanpa niat.

Pengecuali­an diletakkan pada enam keadaan: 1. Orang yang tidur. 2. Orang yang gila. 3. Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap).

4. Orang yang menyeru iaitu jika seseorang itu

 Pasangan perlu rujuk Mahkamah Syariah untuk kepastian

memiliki isteri yang bernama ‘Taliq’ yang bermaksud orang yang diceraikan.

5. Penggunaan lafaz yang tidak difahami.

6. Dipaksa dan mabuk bukan kerana maksiat.

Sekiranya suami melafazkan cerai dengan jelas tetapi berada dalam salah satu keadaan itu, maka ada pengecuali­an dan tidak memberi kesan kepada talak.

Ibn al-Qayyim turut menyatakan perceraian yang berlaku ketika suami sedang marah. Menurut beliau, marah ada tiga keadaan berbeza dan turut berbeza pada hukum bercerai ketika itu.

Pertama: Marah yang dapat dikawal perasaan dan fikiran sepenuhnya. Talak yang dilafazkan pada ketika itu dihukum jatuh dan tidak ada sebarang keraguan padanya lagi.

Lebih-lebih lagi, jika talak itu dilafazkan selepas dia berfikir dengan matang dan membuat perkiraan daripada segala aspek sekalipun ketika itu perasaan marahnya belum betul-betul reda.

Kedua: Marah yang sampai tahap seolah-olah hilang akal. Ia tidak lagi sedar apa yang diucapkan pada ketika itu maka talak yang dilafazkan pada ketika itu disepakati ulama sebagai tidak gugur kerana disamakan dengan orang gila yang tidak lagi memikul beban taklif.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Taklif diangkat daripada tiga kumpulan: Orang tidur sehingga jaga. Kanakkanak sehingga usia baligh dan orang gila sehingga siuman.”

Ketiga: Marah berada pada tahap yang pertama dan kedua. Ulama berselisih pendapat dan hukum mengenai marah pada tahap itu.

Bahagian itu perlu dilihat dari aspek dalil serta mempertimb­angkan suasana perceraian itu berlaku.

Muslihat dan kepentinga­n anak-anak yang masih kecil juga seharusnya diambil kira. Sebahagian ulama berpendapa­t gugur talak yang dilafazkan ketika suami sedang marah kerana perasaan marah masih boleh dikawal.

Malah, orang marah tidak termasuk dalam senarai orang terkeluar daripada beban taklif (tanggungja­wab).

Namun, bagaimana jumlah bilangan talak yang dilafazkan secara berulang oleh suami?

Bagi menjelaska­n jumlah talak itu perlu dirujuk kepada mahkamah supaya siasatan dapat dijalankan terhadap suami.

Ini termasuk apakah maksud dan niat sebenar suami mengulangi lafaz cerai berkenaan.

Adakah dengan mengulangi lafaz itu bermaksud suami meniatkan jumlah talak atau pengulanga­n lafaz itu sekadar melepaskan geram atau marah yang tidak membawa sebarang maksud.

Selain itu, bagi penjelasan kadar jumlah talak, perlu juga dilihat kepada keadaan suami ketika lafaz dibuat.

Adakah dilafazkan dengan secara berterusan atau ia diselangi jarak masa tertentu.

Keadaan seperti itu akan menentukan berapakah jumlah talak yang jatuh terhadap isteri.

Salah satu pandangan ulama menerangka­n mengenai selang masa dalam lafaz talak bermaksud: “Jika suami mendatangk­an tiga ayat yang berulang-ulang padanya lafaz mubtada’ (subjek) dan khabar (predikat) seperti berkata kepada isteri yang disetubuhi: Kamu tertalak, kamu tertalak, kamu tertalak dan diselangi jarak masa, maka jatuhlah tiga talak sama ada dia berniat ta’kid (menguatkan) atau sebaliknya.

Berlaku talak tiga dalam masalah itu kerana wujudnya selang masa antara setiap lafaz talak.

Maka, semua lafaz talak itu dikira sebagai lafaz berasingan kerana ia adalah maksud zahir bagi kewujudan selang masa.

Setiap lafaz membawa maksud tersendiri iaitu satu talak yang menjadikan semua lafaz menjadi tiga talak.

Bagaimanap­un, untuk penentuan lanjut mengenai jumlah talak yang jatuh, pihak suami tetap perlu disiasat secara terperinci.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia