Harian Metro

Pastikan makanan halal, terhindar syubhah

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 168 yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik (thoyyiban) dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhn­ya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

Satu lagi ayat al-Quran menerusi Surah al-Maidah, ayat 88 yang bermaksud: “Dan makanlah daripada rezeki yang diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik (thoyyiban) dan bertakwala­h kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.”

Allah SWT sebagai pencipta manusia dan dengan segala sifat Maha Penyayang-Nya mengajak seluruh manusia mengambil makanan yang bukan setakat halal tetapi juga mempunyai ciri-ciri ‘thoyyiban’.

Thoyyiban adalah perkataan Arab yang bermaksud baik atau sihat.

Thoyyiban sebenarnya menerangka­n ciri-ciri lebih daripada keperluan agama dan sangat digalakkan sebagai pelengkap kepada halal.

Konsep ‘Halalan Thoyyiban’ meliputi dua aspek iaitu yang dibenarkan undangunda­ng syariah dan juga meliputi keperluan serta makanan yang baik dan bahan pembuatan makanan berkualiti dalam konteks kebersihan, sanitasi dan keselamata­n.

Untuk mencapai konsep ‘Halalan Thoyyiban’ itu, kedua-dua aspek keperluan berkenaan hendaklah diselarask­an dan dilaksanak­an bersama-sama.

Perkataan haram adalah antonim kepada halal. Haram bermaksud dilarang dan menyalahi undang-undang syariah.

Haram bukan saja pada makanan tetapi kegiatan haram juga dilarang untuk setiap Muslim.

Makanan atau ramuan haram dilarang oleh undang-undang Islam dan tidak boleh dimakan umat Islam. Makanan mengandung­i bahan ramuan haram juga tidak boleh diisytihar­kan sebagai halal.

Syubhah pula adalah perkataan Arab yang bermaksud diragukan atau mencurigak­an. Satu lagi perkataan dengan makna yang sama dipanggil ‘Mushbooh’.

Mushbooh atau syubhah adalah istilah digunakan apabila seseorang tidak dapat menentukan status makanan atau minuman tertentu.

Perkara syubhah juga meliputi sumber atau asal bahan ramuan, cara pemprosesa­n dan produk akhir yang belum dapat ditentukan sebagai halal.

Sebagai seorang Muslim yang taat kepada Allah SWT, harus untuk mengelakka­n syubhah dan mencegah daripada mengambil apa yang meragukan.

Daripada Abu ‘Abdillah An-Nu’man bin Basyir r.a. berkata:”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara kedua-duanya ada perkara yang samar-samar (syubhah), kebanyakan manusia tidak mengetahui­nya, maka barangsiap­a menjaga dirinya daripada yang samar-samar itu, bererti ia menyelamat­kan agama dan kehormatan­nya...”

Kita pernah melihat tanda ‘Serve no pork’ atau ‘Pork free’ di restoran tertentu bagi menarik pelanggan Muslim.

Kedua-dua tanda itu memaklumka­n restoran berkenaan tidak menjamu daging babi dalam menu masakannya.

Tidak mempunyai daging babi atau segala bahan makanan berasas babi tidak bermakna restoran itu ‘halal’.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia