Harian Metro

Kakitangan JPPM rugi RM70,000 rumah hangus

-

Alor Setar: Seorang kakitangan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (JPPM) Kedah tinggal sehelai sepinggang apabila rumah sewanya di Taman Mergong Jaya, di sini, terbakar pagi semalam.

Kebakaran berlaku jam 8.30 pagi itu turut menyebabka­n dua rumah jirannya terjejas.

Ketika ditemui mangsa, Mohd Sukri Khatim, 34, hanya mampu memandang sayu kediaman diduduki hampir setahun lalu musnah.

Katanya, tiada barangan dan peralatan di dalam rumah dapat diselamatk­an termasuk semua dokumen penting dan pakaian.

“Mujur jiran membantu menyelamat­kan motosikal saya ini dan saya anggarkan kerugian hampir RM70,000 kerana banyak peralatan elektrik termasuk televisyen, mesin basuh dan peti ais serta komputer hangus terbakar,” katanya.

Mohd Sukri berkata, ketika kejadian dia baru tiba di pejabat di Anak Bukit, dekat sini, sebelum dihubungi jiran dan bergegas pulang ke rumah.

“Ketika sampai, saya dapati anggota bomba berusaha memadam api yang marak.

“Ketika kejadian tiada siapa di rumah kerana isteri berpantang anak sulung di Kelantan,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Jirannya, Mohd Soffian Hussin, 39, bersyukur kerana kediamanny­a terselamat walaupun rosak pada bumbung dan bilik belakang akibat bahan panas.

Katanya, dia tidak marah, sebaliknya bersyukur tindakan pantas jiran memecahkan cermin kereta Honda Odyssey miliknya bagi mengeluark­an dari garaj mengelak kenderaan itu terbakar.

Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.45 pagi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikerah ke lokasi.

“Dua daripada tiga rumah itu terbakar antara lima hingga 10 peratus, manakala sebuah lagi 80 peratus terbakar,” katanya.

Saya anggarkan kerugian hampir RM70,000 kerana banyak peralatan elektrik termasuk televisyen, mesin basuh dan peti ais serta komputer hangus terbakar”

Mohd Sukri

 ??  ?? MOHD Sukri memeriksa keadaan rumahnya.
MOHD Sukri memeriksa keadaan rumahnya.
 ??  ?? SUKRI memegang album gambar perkahwina­nnya.
SUKRI memegang album gambar perkahwina­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia