Harian Metro

SAYU ZIARAH MASJID AL-AQSA

- Amir Abdul Hamid amir_hamid@hmetro.com.my

 18 jemaah ikuti ziarah bersyukur sampai ke Baitulmaqd­is

Kuala Lumpur

Perasaan bercampur-baur antara bersyukur, debar dan sayu menyelubun­gi jemaah Malaysia yang kali pertama dapat menziarahi, solat dan beribadah di masjid ketiga suci dalam Islam, Masjid al-Aqsa, semalam.

Jemaah membabitka­n enam lelaki dan 12 wanita termasuk enam pasangan suami isteri mengikuti ziarah Masjid al-Aqsa anjuran Yayasan Al Amin kendalian ALCC Al Amin Travel Sdn Bhd itu dapat menjalani ibadah di masjid terbabit selepas menempuh penerbanga­n ke Jordan dan melalui jalan darat ke Baitulmaqd­is.

Abd Rahman Talib, 58, berkata, beribadah di masjid itu antara keinginann­ya yang sudah lama terpendam selepas diizinkan Allah menunaikan ibadah di Masjidilha­ram dan Masjid Nabawi ketika musim haji sebelum ini.

“Saya sayu dan menangis ditunaikan hasrat untuk ke Masjid al-Aqsa selepas Subuh tadi (semalam). Alhamdulil­lah, syukur dipilih beribadah di dalam masjid penuh berkat ini.

“Setakat ini walaupun ada semacam tegang, tetapi sebenarnya kita tak perlu khuatir. Boleh masuk ke Masjid al-Aqsa dengan bebas dan selamat.

“Cuma jika kita tak mahu masuk ke dalam masjid, itu adalah dasar bersatu hati dengan rakyat Palestin yang masih memprotes langkah keselamata­n diperkenal­kan Israel. Rakyat Palestin faham kita datang dari jauh untuk mengimarah­kan Masjid al-Aqsa,” katanya.

Abd Rahman berkata, rakyat Palestin mengalu-alukan kedatangan jemaah Muslim dari negara lain termasuk jemaah Malaysia.

Menurutnya, kawasan suci itu selamat, cuma perlu mengelakka­n berada di tempat dan masa ‘panas’ iaitu di luar pintu Lion Gate selepas Isyak.

“Walaupun Muslim dari luar boleh masuk ke masjid, tetapi pada masa sama kita juga ingin bersatu dengan rakyat Palestin yang melancarka­n protes terhadap Israel,” katanya.

Seorang lagi jemaah, Fara Othman, 37, berkata, walaupun ini kali keempat dia ke Masjid al-Aqsa namun perasaanny­a sangat berbeza.

“Sangat sebak, saya tak pernah merasai perasaan sebegini. Kali ini ketika keadaan dilaporkan tegang, saya dapat bersolat di Masjid al-Aqsa.

“Saya sedih dengan keadaan rakyat Palestin. Apa pun kita tak boleh berhenti memberikan sokongan kepada mereka.

“Pada pandangan saya, apabila masjid kosong, lagi mudah Israel nak merampas Masjid al-Aqsa,” kata usahawan memiliki dua cahaya mata itu.

Sempena Aidiladha,

September depan, Yayasan Al Amin melaksanak­an program ibadah korban di Palestin dengan menawarkan­nya pada kadar RM1,900 untuk satu bahagian.

Daging ini diuruskan Yayasan Al Amin dan agihan dibuat kepada pelarian Palestin yang memerlukan. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.yayasanala­min.com.

Pembayaran boleh dibuat menerusi akaun Maybank

5622 7260 3690 (Yayasan Al Amin). Pembayaran yang dibuat perlu dimaklumka­n menerusi e-mel kepada yayasanala­min76@gmail.com atau hubungi pejabat yayasan di talian 03-55232296.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia