Harian Metro

55 juta akaun WTD

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 RM5.779 bilion Wang Tidak Dituntut masih dalam simpanan

Sebanyak RM5.779 bilion Wang Tidak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah hingga 30 Jun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz berkata, ia membabitka­n lebih 55 juta akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan sejak 1977.

“Sekiranya sesuatu akaun yang tidak aktif melebihi tujun tahun, baki akaun terbabit menjadi WTD sebagaiman­a yang ditakrifka­n di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965 dan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar WTD.

“Pendaftar WTD sebagai pemegang amanah akan menyimpan selamat wang terbabit mengikut peraturan kewangan berkuat kuasa sehingga ia dituntut oleh empunya yang berhak. WTD adalah akaun amanah kerajaan di bawah Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957.

“WTD ini akan dibayar kepada empunya tanpa faedah berdasarka­n Seksyen 11(3) Akta WTD 1965,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah serta strategi kerajaan dalam menyelesai­kan permasalah­an WTD di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Beliau berkata, WTD ialah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana ditetapkan Akta WTD 1965.

Katanya, mengikut Seksyen 8 akta itu, terdapat tiga kategori WTD iaitu wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya, tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh melebihi satu tahun, wang di dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalik­an oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam tempoh masa melebihi tujuh tahun dan wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalik­an melalui apa-apa urus niaga dalam satu tempoh melebihi dua tahun.

Beliau berkata, sebagai pemegang amanah, kerajaan bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas wang berkenaan dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggala­h ia dituntut.

Menurutnya, orang ramai boleh membuat semakan di 25 kaunter Bahagian WTD disediakan di seluruh negara iaitu 13 di Semenanjun­g, Sarawak (tujuh), Sabah (empat) dan sebuah kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya.

 ?? Othman Aziz ?? Pendaftar WTD sebagai pemegang amanah akan menyimpan selamat wang terbabit mengikut peraturan kewangan berkuatkua­sa sehingga ia dituntut oleh empunya yang berhak”
Othman Aziz Pendaftar WTD sebagai pemegang amanah akan menyimpan selamat wang terbabit mengikut peraturan kewangan berkuatkua­sa sehingga ia dituntut oleh empunya yang berhak”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia