Harian Metro

Dituduh sekali lagi Janji tiada jerebu

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Sepasang suami isteri yang pernah didakwa di mahkamah berhubung aktiviti pengubahan wang haram hampir RM20 juta pada

Jun lalu, sekali lagi dihadapaka­n ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas enam pertuduhan sama membabitka­n wang lebih RM500,000.

Pemilik tadika , Chow Yew Fye, 44, dan isterinya, Loh Lai Kin, 40, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, pasangan itu didakwa terbabit aktiviti pengubahan wang haram iaitu menerima RM565,186 ke dalam akaun Public Bank milik mereka bersama daripada Entrust Marketing yang juga hasil aktiviti haram.

Fenomena jerebu teruk yang pernah melanda negara ini pada 2015 tidak akan berulang lagi tahun ini walaupun terdapat kebakaran hutan di Indonesia, baru-baru ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan Indonesia memberi jaminan sepenuhnya kepada Malaysia dan Singapura yang mereka sudah bersiap sedia untuk menangani jerebu termasuk memadam kebakaran hutan dengan segera.

“Indonesia mengambil langkah secara besar-besaran dan proaktif dalam menangani masalah jerebu termasuk mengerahka­n tentera, polis serta pegawai tempatan, selain menambah keperluan aset.

“Kita percaya tindakan sistematik dan agresif yang dilakukan oleh Indonesia dalam menangani jerebu dapat mengelak masalah pencemaran itu daripada berlaku pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pembukaan Seminar Antarabang­sa Mengenai Isu Semasa Hutan dan Hasil Perhutanan Kali ke-18 dan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN

Mengenai Perhutanan (ASOF) kali ke-20, di sini, semalam.

Katanya, walaupun wujud kebimbanga­n jerebu akan melanda Malaysia kerana terdapat titik panas di Kalimantan, pihaknya tetap berpegang dengan jaminan diberi Indonesia.

Semalam, Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB)

 Indonesia ambil langkah proaktif beri jaminan pencemaran udara tidak berulang lagi

memberi amaran mengenai peningkata­n ancaman kebakaran hutan berikutan cuaca kering yang dijangka bertambah buruk di Aceh, sekali gus menyebabka­n wilayah itu mengalami jerebu.

Bagaimanap­un, Agensi Pemulihan Tanah Gambut Indonesia memberi jaminan negara jiran seperti Malaysia dan Singapura tidak mengalami jerebu kerana pihaknya sudah mengambil langkah baru untuk menghentik­an kebakaran hutan.

Indonesia sering mengalami kebakaran hutan sehingga menyebabka­n asap tebal merebak ke Malaysia seperti mana berlaku pada 2015.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, walaupun sebanyak 200 titik panas dikesan di Indonesia pada tahun lalu, fenomena jerebu tidak berlaku di rantau ini.

“Indonesia sudah mematuhi garis panduan seperti yang dikeluarka­n oleh ASEAN menerusi Pelan Tindakan Bebas Jerebu menjelang 2020,” katanya.

 ??  ?? WAN Junaidi (tengah) merasmikan Majlis Pembukaan Seminar Antarabang­sa Mengenai Isu Semasa Hutan dan Hasil Perhutanan Kali ke-18 dan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Perhutanan (ASOF) kali ke-20, semalam.
WAN Junaidi (tengah) merasmikan Majlis Pembukaan Seminar Antarabang­sa Mengenai Isu Semasa Hutan dan Hasil Perhutanan Kali ke-18 dan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Perhutanan (ASOF) kali ke-20, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia