Harian Metro

Lebih lapan suntikan bius Penjara 6 bulan curi 12 kelapa

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima lebih lapan suntikan bius ketika prosedur pembedahan kecil mengeluark­an dua gigi bongsu di sebuah pusat rawatan pergigian, 1 Jun tahun lalu.

Pembantu jururawat warga Filipina, Kristine G Flores, 29, berkata, pesakit, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi diberikan lima suntikan bius pada awal prosedur diikuti tiga hingga empat suntikan bius selepas pesakit diberikan bantuan Pernafasan Resusitasi Kardiopulm­onari (CPR) kerana didapati berhenti berdengkur ketika rawatan.

“Suntikan bius sepanjang prosedur itu diberikan Dr Ting kepada pesakit,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa

Raya Shukor Abu Bakar pada perbicaraa­n kes seorang doktor perbidanan dan sakit puan (O&G) Dr Ting Teck Chin yang didakwa menyebabka­n kematian Syed Alman Zain dalam perbicaraa­n di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Menurut saksi pendakwaan ke-15 itu, bantuan CPR dibuat selepas melihat Syed Alman Zain tidak lagi berdengkur dan terkulai di atas kerusi rawatan.

“Pesakit berhenti berdengkur di pertengaha­n pembedahan. Sebelum itu pesakit berdengkur kuat. Tiba-tiba pesakit berhenti bernafas,” katanya.

Wanita itu berkata, Dr Ting kemudian memeriksa degupan jantung Syed Alman Zain menggunaka­n stetoskop dan mendapati degupan lemah.

Perbicaraa­n yang berlangsun­g di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor akan bersambung pada 1 November depan.

Cubaan dua sahabat mencuri 12 kelapa dipercayai untuk perbelanja­an raya membawa padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Mohd Noor Firdaus Khalid@Abdullah, 33, dan Mohd Azuwan Muda, 36, masing-masing dari Kuala Nerus mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama mencuri 12 kelapa milik Mohd Hazli Zakaria, 45, di kebun kelapa Kampung Pondok Lalang, Tepoh, Kuala Nerus jam 9 malam pada 21 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda.

Mengikut fakta kes, pengadu yang berada di kebun kelapa di Kampung Pondok Lalang, Tepoh, dekat sini, jam 6 petang pada 21 Jun lalu ternampak dua lelaki (tertuduh) berada dalam keadaan mencurigak­an.

Dua tertuduh ketika itu mengumpul kelapa sebelum beredar meninggalk­an kebun berkenaan tidak lama kemudian.

Pengadu yang mengesyaki sesuatu datang semula ke kebun bersama dua rakannya jam 8 malam sebelum

 Dua sahabat mengaku ambil nyior untuk perbelanja­an sambutan hari raya

sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki dua tertuduh masuk ke dalam kawasan kebun satu jam kemudian.

Dua tertuduh mengutip kelapa yang dikumpulka­n lalu memasukkan­nya ke dalam kereta.

Pengadu bersama rakannya menahan dua tertuduh bersama 12 kelapa yang dicuri sebelum menyerahka­n mereka kepada polis untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? MOHD Firdaus (dua dari kiri) dan Mohd Azuwan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret.
MOHD Firdaus (dua dari kiri) dan Mohd Azuwan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia