Harian Metro

Tan Sri, anak nafi buat tuntutan palsu RM13j

-

Kuala Lumpur: Bekas Naib Presiden MIC Tan Sri S Balakrishn­an dan anak lelakinya, B Ashok Kumar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan membuat tuntutan palsu hampir RM13 juta bagi Projek Pengindaha­n dan Pembaikan Sungai Melaka.

Balakrishn­an, 63, dan Ashok Kumar, 31, masing-masing sebagai pengarah dan pengurus projek bagi syarikat Sinnayah & Sons Sdn Bhd mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n selepas dihadapkan ke dua mahkamah berbeza.

Balakrishn­an didakwa mengemukak­an Tuntutan Bayaran Interim bagi kerja pembekalan dan penghantar­an kontena penyahaira­n berjumlah RM12,888,000.

Melalui tuntutan bayaran

itu, tertuduh memperakuk­an pembekalan sebanyak 358 unit kontena sedangkan ia adalah palsu kerana hanya 89 unit kontena dibekalkan.

Dokumen tuntutan itu dikemukaka­n melalui juruukur bahan syarikat Sinnayah & Sons Sdn Bhd kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan niat mahu memperdaya­kan jabatan terbabit.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Bahagian Projek Khas, Ibu Pejabat JPS, di sini, antara 27 April 2012 hingga 23 Oktober 2013.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Hakim Allaudeen Ismail membenarka­n tertuduh diikat jamin RM500,000 dan mengarahka­n pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, Ashok Kumar didakwa bersubahat melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh yang sama.

Hakim Azura Alwi membenarka­n tertuduh diikat jamin RM500,000 dan turut memerintah­kan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah juga membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya SPRM S Thangavelu supaya kedua-dua kes itu dibicaraka­n bersama dan menetapkan 28 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

 ??  ?? BALAKRISHN­AN (tengah) dan Ashok Kumar (gambar kecil) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.
BALAKRISHN­AN (tengah) dan Ashok Kumar (gambar kecil) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia