Harian Metro

Gegaran bumbung hilang

-

 Angin kencang ranapkan atap rumah penduduk Kampung Bukit Cina

“Ribut ketika itu memang kuat tak boleh saya nak gambarkan perasaan takut ketika itu, malah saya menjadi semakin cemas apabila mendapati bumbung rumah bergegar sebelum diterbangk­an angin.

“Lebih menakutkan ketika itu hanya saya berada dalam rumah memandangk­an semua anak tinggal berasingan,” kata Zahara Ahmad seorang daripada 10 mangsa ribut di Kampung Bukit Cina, Jalan Puteri Hang Li Poh, di sini, semalam.

Katanya, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu dia yang baru selesai menunaikan solat Subuh sedang berehat di dalam bilik sebelum hujan lebat diikuti tiupan angin kencang melanda penempatan itu.

Menurutnya, dalam tempoh 10 minit ribut menerbangk­an bumbung bahagian dapur, ruang tamu dan bilik menyebabka­n bahagian dalam rumahnya dibasahi air hujan.

“Nak lari keluar rumah saya takut, jadi terpaksa tunggu dalam bilik. Keadaan di luar ketika itu juga masih gelap, nak harapkan lampu bekalan elektrik pula sudah terputus.

“Memang cemas bila lihat sendiri bumbung diterbangk­an ribut, kerana terlalu takut saya beranikan diri dengan berlari ke rumah jiran di sebelah untuk berlindung,” katanya.

Sementara itu, jirannya Fadzilah Md Desa, 46, berkata, ketika kejadian, dia berada di bilik bersama suami, Amdan Sidin, 52, manakala ibu mentuanya, Endon Akob, 85, di bilik bersebelah­an.

Wanita itu berkata, dia dan suami segera bangun selepas mendapati dinding biliknya bergegar sebelum terdengar bunyi bising, sebaik membuka pintu pasangan itu terkedu selepas mendapati bumbung rumah mereka sudah hilang akibat diterbangk­an ribut.

“Kemudian saya nampak pusaran angin dari arah rumah jiran, menyebabka­n kami kelam-kabut. Dalam keadaan cemas saya sempat arahkan ibu mentua duduk diam di dalam bilik kerana risau kami ditimpa kejadian tidak diingini.

“Sekarang kami buntu memikirkan bagaimana nak baiki kerosakan bumbung dalam masa terdekat ini ke- rana bakal mengadakan majlis kenduri perkahwina­n anak lelaki Oktober depan,” katanya.

Berikutan itu Fadzilah dan suami berharap pihak berkenaan dapat membantu membaiki kerosakan bumbung rumah ibu mentuanya itu dengan kadar segera.

Sementara itu Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK) Pengkalan Rama Tengah Rosdin Baba, berkata, dia dihubungi penduduk terbabit pada jam 6.40 pagi dan segera ke tempat kejadian.

 ??  ?? KEADAAN bumbung rumah Zahara yang diranap dibadai angin kencang.
KEADAAN bumbung rumah Zahara yang diranap dibadai angin kencang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia