Harian Metro

Musnah dihempap pokok

-

Tumpat: Dalam tempoh 10 minit, rumah sekeluarga di Kampung Tujoh, Pengkalan Kubor, di sini yang sudah dihuni lebih tiga dekad, rosak teruk selepas dihempap pokok sentul dan kelapa yang tumbang di bahagian tengah serta belakang rumah.

Kejadian berlaku disebabkan hujan lebat dan ribut yang melanda kampung itu pada jam 4.40 petang kelmarin. Turut terjejas, 29 rumah di Kampung Tebing, Kok Pauh, Pengkalan Kubor, Geting, Banjir dan Wakaf Neting.

Disebabkan kerosakan se- rius itu, Sakinah Rashid, 50, memberitah­u dia sekeluarga terpaksa tidur berhimpit di bahagian pangkin rumah pada malam kejadian kerana bilik tidur dan ruangan lain sudah rosak.

Mengimbas kejadian, anak Sakinah, Mohd Aidil Ikmal Mezah, 18 berkata, hanya dia dan tiga rakannya berada di dalam rumah ketika itu. Manakala ibunya dan bapa Mezah Husin, 53, berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu menemani kakaknya yang bersalin.

“Mula-mula, kami dengar bunyi ranting dan dahan jatuh di atas bumbung, tidak lama selepas itu, sebatang pokok (sentul) tumbang menghempap ruang tengah rumah.

“Kami ketika itu di ruang tamu segera berlari ke dapur untuk selamatkan diri. Malangnya, pokok kelapa pula tumbang di bahagian dapur menyebabka­n kami berlari keluar menerusi pintu belakang dan tingkap dapur.

“Saya keluar ikut pintu ketika itu, sempat juga terkena pelepah kelapa di bahagian leher. Namun Alhamdulil­lah tidak cedera,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tumpat membersih dahan pokok yang tumbang menghalang jalan raya.
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tumpat membersih dahan pokok yang tumbang menghalang jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia