Harian Metro

Kawasan lombong emas ada permit sah

-

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan menegaskan kawasan perlombong­an emas di Kampung Peralla, Tanah Merah mendapat permit yang sah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, permit berkenaan dikeluarka­n selepas mengadakan satu mesyuarat di peringkat negeri pada awal tahun ini.

Katanya, dalam mesyuarat itu, pihaknya diberikan laporan teknikal mengenai aktiviti perlombong­an yang akan dijalankan, taklimat dan mendengar pandangan beberapa pihak sebelum permit dikeluarka­n.

“Sebelum memberi kelulusan perlombong­an, kerajaan terlebih dulu akan mengambil kira semua (tanah) di sekitar kawasan berkenaan.

“Namun, kita mengambil perhatian (aduan penduduk) dan akan melihat sama ada aktiviti pertanian di kawasan itu sudah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa atau belum.

“Kerajaan akan mengenal pasti punca sebenar yang berlaku di peringkat petani atau pekebun getah kerana sepatutnya sebarang usaha pertanian yang dibuat perlu menyelesai­kan premium tanah terlebih dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Laporan Pemeriksaa­n Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darunaim di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Harian Metro semalam melaporkan kira-kira 100 penduduk Kampung Peralla, Tanah Merah, mendesak supaya kebun getah seluas 250 hektar di tempat mereka tidak dijadikan tapak perlombong­an emas.

Penduduk mendakwa kebun itu sudah diceroboh sejak awal tahun dan 100 pokok getah ditebang, setakat ini dengan bayaran pampasan RM10 sebatang pokok.

 ??  ?? BUKU Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 yang dirasmikan Ahmad Yakob di Kota Darul Naim.
BUKU Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 yang dirasmikan Ahmad Yakob di Kota Darul Naim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia