Harian Metro

Larang import benih Guarana

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Jabatan Pertanian melarang pengimport­an biji benih Guarana dari Brazil dan kawasan tropika Amerika ke negara ini kerana ia mempunyai penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB).

Ketua Pengarahny­a Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek berkata, pengimport­an biji benih Guarana secara haram dikhuatiri membawa masuk spora SALB yang disebabkan kulat daun (microcyclu­s ulei).

“Penyakit SALB memberi kesan kepada pokok getah dan mampu melumpuhka­n industri getah negara yang bernilai RM18 bilion setahun.

“Spora SALB boleh menjangkit­i tanaman getah muda yang menjejaska­n pertumbuha­nnya manakala bagi pokok dewasa ia menyebabka­n pokok meranting, kering serta tidak mengeluark­an hasil yang produktif dan mati,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Operasi) Datuk Jamal Harizan dan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembanguna­n) Datuk Jabar Sheikh Muhaideen.

Katanya, kegagalan tanaman getah di Brazil, Colombia, Costa Rica, Surinam dan Panama berpunca daripada penularan penyakit SALB.

“Oleh itu, kami mengambil langkah dengan mengharamk­an kemasukan anak benih atau pokok Guarana dari Brazil dan kawasan tropika Amerika. Malah, kami akan rampas sekiranya ia dibawa masuk menerusi pintu masuk negara.

“Larangan ini selaras dengan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 kecuali untuk tujuan penyelidik­an.

“Hasil pemantauan Jabatan Pertanian mendapati ada pihak membawa masuk 30,000 anak pokok Guarana secara haram dan ditanam di Baling, Kedah

“Bagaimanap­un, kami menyita nurseri itu bagi memastikan tiada penyakit SALB,” katanya.

 Tanaman asal Brazil bawa penyakit SALB

Kami akan rampas jika ia dibawa masuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek

 ??  ?? DARI kiri Ahmad Zakaria, Jamal dan Jabar menunjukka­n buah dan pokok Guarana di Putrajaya, semalam.
DARI kiri Ahmad Zakaria, Jamal dan Jabar menunjukka­n buah dan pokok Guarana di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia