Harian Metro

Segera baik pulih

- Faliq Lajim hmetroshah­alam @hmetro.com.my

 KPKT percepat proses tempat pengumpula­n sampah elak PBT hadapi masalah

Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan akan segera membaik pulih Pusat Pemindahan Sisa Pepejal di Seksyen 21, di sini, supaya ia dapat beroperasi dalam masa terdekat.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, usaha baik pulih itu akan dipercepat­kan bagi memudahkan empat pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghantar terus sampah yang dikutip ke Tapak Pelupusan Sampah Jeram sejak dua minggu lalu, untuk kembali mengumpulk­an sisa pepejal berkenaan di pusat berkenaan.

Empat PBT terbabit adalah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ).

“KPKT sudah mendapat kelulusan mahkamah untuk menguruska­n pusat pemindahan yang sudah tidak beroperasi sejak dua minggu lalu itu. Saya sudah mendapat surat rasmi daripada Jabatan Peguam Negara. Isnin ini kami akan diberi kunci dan kita akan masuk serta baiki.

“Kita sudah lantik kontraktor untuk kerja-kerja baik pulih tempat ini dan ia dijangka siap sepenuhnya tahun ini juga memandangk­an pusat pemindahan ini penting untuk kegunaan rakyat. “Saya juga sudah maklumkan pada jemaah Kabinet KPKT tidak menyambung kontrak anak syarikat Kerajaan Negeri, Worldwide Holdings Berhad (WHB),” katanya, semalam.

Noh berkata, beliau percaya sekiranya kerja membaik pulih pusat pemindahan itu tidak disegeraka­n, empat PBT terbabit akan mengalami kesulitan membabitka­n kekerapan kutipan sampah di kawasan masing-masing.

 ??  ?? NOH (dua dari kanan) ketika melawat Pusat Pemindahan Sisa Pepejal di Seksyen 21, Shah Alam.
NOH (dua dari kanan) ketika melawat Pusat Pemindahan Sisa Pepejal di Seksyen 21, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia