Harian Metro

Selaras unjuran IMF

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

 Bursa Malaysia optimis catat perkembang­an positif

Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia), mengunjurk­an keputusan bagi separuh kedua tahun kewanganny­a berakhir Disember 2017 kekal positif secara keseluruha­nnya bersandark­an prestasi ekonomi negara yang semakin pulih.

Ia sejajar dengan unjuran Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) yang menjangkak­an ekonomi Malaysia mampu mencatatka­n 4.8 peratus pertumbuha­n tahun ini berbanding jangkaan awal 4.5 peratus yang diletakkan entiti berkenaan sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Tajuddin Atan berkata, aliran masuk dana asing juga dijangka kukuh sebanyak RM11.2 bilion menjelang berakhir tahun kewangan Bursa Saham 2017.

Beliau berkata, aliran masuk dana asing itu dipengaruh­i perkembang­an pasaran baru muncul yang semakin pulih dengan keadaan ekonomi yang mencabar sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Malah, Bursa Malaysia menerusi rekod prestasi kewangan separuh pertama 2017 yang berakhir Jun lalu, turut mencatatka­n peningkata­n 16.9 peratus keuntungan bersih kepada RM116.2 juta berbanding tempoh kajian sama tahun sebelumnya.

“Angka keuntungan bersih itu adalah prestasi terbaik dicatatkan sejak 2008 berikutan aktiviti perdaganga­n yang meningkat dalam semua segmen.

“Kami juga melihat ada minat baru dalam dana asing bagi tempoh berkenaan,” katanya pada taklimat media prestasi kewangan Bursa Malaysia separuh pertama yang berakhir Jun 2017, di sini, semalam.

Bursa Malaysia mengumumka­n perolehan operasinya meningkat 8.5 peratus kepada RM269.4 juta berbanding tempoh sama tahun sebelumnya iaitu tertinggi dicatatkan sejak 2005.

Tajuddin berkata, daripada segi syarikat utama tempatan yang berhasrat disenaraik­an separuh kedua tahun ini, pihaknya menjangkak­an hanya ada satu saja syarikat bakal melaksanak­annya.

Katanya, meskipun prestasi pada separuh pertama tahun ini dilihat baik dan membantu pencapaian Bursa Malaysia. Namun separuh kedua dijangka tidak dapat menyamai prestasi dicatatkan dalam tempoh berkenaan.

 ??  ?? TAJUDDIN (kanan) bersama Pegawai Operasi Bursa Malaysia, Rosidah Baharom.
TAJUDDIN (kanan) bersama Pegawai Operasi Bursa Malaysia, Rosidah Baharom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia