Harian Metro

Watsons perkenal Rubber Duck, Power Panda

-

Petaling Jaya: Watsons Malaysia, peruncit baranganke­cantikan dan kesihatan terkemuka Asia menambah barisan mandian bayi dengan menampilka­n lapan produk unit simpanan stok (SKU) daripada dua rangkaian jenama Against24 iaitu

Rubber Duck dan Power Panda.

Pengurus Besar dan Ketua Negaranya Caryn Loh berkata, kerjasama dengan

Against24 untuk memasarkan produk berkenaan di pasaran tempatan sejajar dengan komitmen Watsons Malaysia dalam menawarkan produk terbaik menerusi segmen penjagaan kulit dan kesihatan kepada pelanggann­ya.

“Jenama produk mandian terkenal dari Taiwan diformulas­ikan dengan teknologi

SDC Ag+, menjadikan­nya agen anti-bakteria terbaik dengan perlindung­an sehingga 99.99 peratus, selain ringan dan lembut pada permukaan kulit.

“Against24 adalah jenama produk mandian anti-bakteria yang terbukti berkesan melindungi keluarga daripada virus dan bakteria yang diperakui Agensi Perlindung­an Alam Sekitar Amerika Syarikat serta Kementeria­n Kesihatan dan Kebajikan Taiwan,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian Rubber Duck dan Power Panda, di sini, baru-baru ini.

Caryn berkata, pihaknya akan terus bekerjasam­a dengan jenama produk berkualiti tinggi untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Katanya, rangkaian Rubber

Duck dan Power Panda boleh digunakan semua golongan termasuk bayi dan orang dewasa serta berada di pasaran sejak dua minggu lalu di cawangan terpilih.

“Kami berhasrat meluaskan capaian pelanggan ke lebih banyak cawangan dan bakal menambah lebih banyak SKU jika mendapat permintaan tinggi,” katanya.

 ??  ?? LOH (tengah) menunjukka­n produk Rubber Duck dan Power Panda.
LOH (tengah) menunjukka­n produk Rubber Duck dan Power Panda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia